breastfeeding · esp · health · kehamilan/pregnancy · lifestyle · motherhood · shaklee · testimoni · tips

Pengalaman berpuasa penuh semasa hamil dan menyusukan anak

Rupa-rupanya ada yang minat nak recce kisah saya berpuasa penuh sepanjang pregnant (awal pregnancy Aisyah Tihani, masa sedang mabuk2) dan masuk tahun ke-4 menyusukan Aisyah Tihani.
Takde yang pelik2 pun saya buat. Berbuka seperti biasa. Minum air 3 liter, sepanjang malam. Ada tricknya. Tidaklah sampai kembung perut kan hihi. Saya tak rajin moreh so skip jelah. Masa bersahur saya makan secukupnya; dan kurma dan ESP saya pastikan tak tinggal. Ada hari macam2 variety ESP saya cuba. Saja tukar2 rasa.

 

Stok ESP menyusut sudah ni. Tak sabar nak buka canister yang baru

Alhamdulillah, berkesan untuk saya. Rahsia mommies lain macam mana?

 

Advertisements
alfalfa · b complex · esp · health · lifestyle · meal shakes · motherhood · ostematrix · performance drink · shaklee · vita c plus · vitalea

5 tips breastfeeding semasa berpuasa

bulan puasa tahunΒ  ni, memang agak mencabar bagi saya. kali ini, puasa sambil menyusukan aisyah tihani. setakat hari ni,Β  5 ramadhan, nampaknya masih bertenaga sehingga ke petang dan alhamdulillah bekalan susu tak drop, malah ada extra untuk tambah stok yang sedia ada.

20140704-013438-5678222.jpg

ramai yang beranggapan bekalan susu badan akan drop bila berpuasa. salah sama sekali! sebenarnya berpuasa TIDAK mengurangkan susu badan ya ibu2.Β  jom amalkan 5 tips mudah ni πŸ™‚

 

  • konsep-mindset-niat yang betul

20140704-010734-4054861.jpg

konsep asas penyusuan masih supply dan demand, tak kira mommies berpuasa atau tidak.Β  apabila konsep asas difahami, mommies tetap mampu menyusukan seperti biasa. saya sentiasa memikirkan yang susu badan saya cukup malah berlebihan untuk disimpan sebagai stok. haha, syok sendiri. but trust me, memang menjadi. kenalah giat kan, sebab saya akan mula bekerja minggu depan. dalam bulan puasa pulak tu. tak payah nak risau2 tak tentu pasal, nanti jadi stress je. niat dalam hati nak menyusukan anak kerana Allah, insha allah dipermudahkan dan ada rezeki anak tu.

bila mommies jelas dengan konsep asas penyusuan, mindset pun dah cun, niat pun dah betul, secara tak langsung akan rasa lebih tenang dan relax. tak risau yang bukan2. yelah yang risau ni mungkin sebab kurangnya knowledge. kalau dah ok semua ni, sampai bocor2 susu kat baju. tu tak dapek lah nak tolong.

 

  • ambil hidangan lengkap semasa berbuka dan bersahur

20140704-010734-4054927.jpg

yang ni senang je kan? saya yakin ramai breastfeeding mommies cepat lapar kerana extra 500 kalori dibakar. rata2 bf mommies dapat semula berat asal sebelum hamil dalam masa 6 bulan selepas bersalin. inikan pula semasa berpuasa. dah tentu lagi cepat laparnya dan turun berat berat badan. pastikan hidangan lengkap semasa berbuka puasa dan bersahur tu seimbang; mengikut piramid makanan. cukup karbohidrat, protein, serat dan mineral supaya tidaklah nak pitam atau gelap mata bila dah petang2.

saya bantai makan nasi semasa berbuka dan bersahur. tekak dan perut melayu okey. saya ambil jugak makanan yang boleh menambah susu badan yang berkesan untuk saya seperti tauhu, ulam jantung pisang, sayur lobak putih dan daun kucai, buah2an dan sayur2an hijau. tapi tidaklah makan berlebihan. tak vogue la di pagi raya nanti kan πŸ™‚ kalau rasa tak mampu nak makan makanan seimbang, pastikan anda ambil makanan tambahan untuk menampung keperluan nutrisi tubuh. saya? of course lah set breastfeeding SHAKLEE. (ORDER NOW)

 

  • minum 3 liter air sepanjang malam

20140704-010734-4054476.jpg

banyaknya! 3 liter? iye puan2, 3 liter sahaja sepanjang malam. tak susah pun sebenarnya. ingat, yang membuatkan penghasilan susu badan berkurangan adalah ibu yang mengalami dehidrasi, bukan ibu yang berpuasa. haaa, nampak tak ramai yang tak perasan sesuatu di situ? memang betul bila berpuasa kita tidak minum di siang hari, jadi cara terbaik adalah dengan mengambil air secukupnya sepanjang malam. saya ambil sekurang2nya 3 liter ar sepanjang malam. trick paling senang dengan cara minum segelas setiap setengah jam. nak sedap saya ambil set mighty triple gems SHAKLEE (ORDER NOW). memang terisi perut, rasa bertenaga dan kurang haus! kalau yang bertarawikh tu lagi mudah rasa haus, kadang2 setiap 2 rakaat minum air. ye tak?

mohon jangan jadikan ‘asyik ke tandas’ sebagai alasan ye. inilah sebenar2 pengorbanan. demi menjayakan penyusuan untuk yang tersayang. kaum bapa please take note. kalau isteri anda komplen macam2, ingatkan isteri anda sebab apa dia memilih untuk breastfeed anak anda. demi kasih sayang. demi khasiat susu ibu. tapi kalau tak jalan jugak, tuangkan aje air dalam mulut dia. hihhi

 

  • jadual mengepam yang tetap

20140704-011252-4372107.jpg

mungkin jadual mengepam mommies berubah dalam bulan puasa ni. saya pun sama. biasalah tu. cuma pastikan payudara anda cepat2 dikosongkan, jadi cepatlah badan tu restock susu. kalau perlu buat power pumping ya untuk stimulate pengeluaran susu badan. saya lebihkan sesi mengepam di waktu malam, supaya tak rasa letih sangat. saya pam selepas anak2 tidur, dalam jam 11 malam dan sebelum sahur pada jam 4 pagi.Β  bukan apa, kalau dahaga pun, boleh minum terus. air sentiasa ada. lagi best kalau mengepam sambil duduk di sofa, mata pejam. mulut sedut air daripada botol air adam dzikri yang ada straw tu. heaven.

20140704-010733-4053433.jpg

macam mana pula kalau terlewat bangun sahur?

kalau dah terlajak bangun sahur tu, saya pam selepas subuh dalam jam 6 pagi. tetap jugak tak skip sesi mengepam, cuma lewat sikit. what to do? anak nak susu, mak nak kurus.

 

  • makan kurma

20140704-010734-4054738.jpg

kurma membekalkan tenaga segera untuk tubuh. walaupun saya ni tak suka sangat makan kurma, namun kali ni saya gagahkan juga. kesan? terbaik okay. mungkin sebab saya amalkan semua tips untuk mengekalkan kecergasan dan susu ibu, jadi lelbih2 up la kesannya kan. hihih. ada orang cakap makan 3 biji la,7 biji la. saya makan je banyak2. dalam tak suka tu pun layan jugak hihih. boleh buat kunyah2 sepanjang malam sambil minum air tu kan. lagipun dapat pahala sunat :).

ha senang je kan tips yang saya amalkan? jangan putus asa kalau mula2 tu sedikit hasilnya. lama2 nanti banyak lah, dengan syarat mesti konsisten. beri sedikit masa kepada tubuh anda. lagipun memang elok sangat bawa bersabar dalam bulan puasa ni. πŸ™‚ lepas tu mesti rasa nak cuba dan order set penyusuan dan set mighty triple gems SHAKLEE daripada saya kan?

|nurulhazwanihamzah|+6017-678 1660|