breastfeeding · esp · health · kehamilan/pregnancy · lifestyle · motherhood · shaklee · testimoni · tips

Pengalaman berpuasa penuh semasa hamil dan menyusukan anak

Rupa-rupanya ada yang minat nak recce kisah saya berpuasa penuh sepanjang pregnant (awal pregnancy Aisyah Tihani, masa sedang mabuk2) dan masuk tahun ke-4 menyusukan Aisyah Tihani.
Takde yang pelik2 pun saya buat. Berbuka seperti biasa. Minum air 3 liter, sepanjang malam. Ada tricknya. Tidaklah sampai kembung perut kan hihi. Saya tak rajin moreh so skip jelah. Masa bersahur saya makan secukupnya; dan kurma dan ESP saya pastikan tak tinggal. Ada hari macam2 variety ESP saya cuba. Saja tukar2 rasa.

 

Stok ESP menyusut sudah ni. Tak sabar nak buka canister yang baru

Alhamdulillah, berkesan untuk saya. Rahsia mommies lain macam mana?

 

Advertisements
breastfeeding · esp · health · kehamilan/pregnancy · lifestyle · meal shakes · motherhood · shaklee · testimoni

Testimoni: Parut Stretch Marks HILANG Selepas Amalkan Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) – Nurul Hazwani Hamzah

PARUT STRETCH MARKS HILANG SELEPAS AMALKAN ESPimg_6100

Stretch marks. Ramai ibu2 yang mengalami masalah ini sepanjang kehamilan, terutama sekali apabila kandungan mencecah 8 bulan ke atas. Rasa stress setiap kali terpandang rekahan pada kulit yang dulu licin dan sekata.

Untuk saya, saya mengalami stretch mark jauh lebih awal. Seawal menjengah alam remaja; 13-14 tahun. Awal kan? Saya dulu, sangat kurus sewaktu di sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah menengah, ditambah dengan perubahan hormon, (baru nak up orang kata) saya mula dapat berat seimbang.

Tapi kesannya, saya mula perasan terdapat stretch marks pada kawasan-kawasan tertentu pada tubuh saya. Gelap dan hodoh. Memang sebagai remaja, saya akui saya rasa sangat rendah diri.
Masalah ini tidak pernah selesai, sehinggalah bertahun-tahun kemudian.

Suatu hari, kalau tak silap pada 2012, Master Hadha perkenalkan saya dengan ESP. Asalnya beliau beri saya cuba segelas di rumahnya. Kata Master Hadha, bagus untuk lapik perut sambil boleh meningkatkan metabolisme, maklumlah saya bekerja shift adakalanya makan tak menentu lagi pula letih melayan Adam Dzikri yang baru menginjak 2 tahun masa tu.

Seteguk saya rasa, mm sedap. Saya beli 1 canister ESP dengan harapan siapa tak nak kurus kan? Hehe

Pada suatu hari, lebih kurang 2 bulan selepas mengamalkan ESP, saya perasan yang garisan gelap stretch marks pada tubuh saya semakin pudar. Eh, biar benar, detik hati saya. Untuk kepastian, saya hubungi Master Hadha. Alhamdulillah, memang betul rupanya. Haruslah saya teruja dan konsisten terus minum ESP.

Rupanya boleh berkurang kesan stretch marks ni ye.
Sekarang dah masuk tahun ke 4 saya mengamalkan ESP. Kesan rekahan pada kulit saya hampir- hampir tak kelihatan. Secara tak langsung keyakinan diri pun bertambah, sampaikan nak bercakap depan orang ramai pun rasa yakin je.

Seronok sangat!

 
alfalfa · b complex · breastfeeding · esp · health · lifestyle · motherhood · ostematrix · vita c plus · vitalea · zinc

6 tips kumpul stok ebm semasa berpantang

salam ceria! jom saya kongsikan cara saya buat stok ebm semasa berpantang haritu. bila habis maternity leave, stok dalam freezer ada lebih kurang 400oz. boleh lah, rezeki aisyah tihani. itu pun bukanlah banyak mana, sebab ada yang saya tahu cecah 1000oz! hebat kan? itulah penangan kasih ibu. nak beri yang terbaik sebaik mungkin ūüôā

tips kumpul stok ebm

tips kumpul stok ebm

berapa banyak stok susu ibu nak dikumpul, itu subjektif sebenarnya. paling bagus, mommies kumpul je sebanyak mungkin yang terdaya semasa pantang. rasionalnya, dalam pantanglah susu ibu paling banyak. jadi semakin lama bila mungkin ada masanya susu drop, stok tulah jadi penyelamat. seriously. time tu rasa menyesal sangat kalau susu tak cukup.

TIPS KUMPUL STOK EBM SEMASA BERPANTANG

1) niat & mindset

paling penting untuk mommies simpan niat awal2 untuk komited menjayakan penyusuan selama boleh. sentiasa ingatkan diri sendiri dengan cara menulis niat dan impian dalam diari, secara tidak langsung mindset kita pun dah ke arah tu.

tips kumpul stok ebm

cara saya macam zaman spm dulu, tulis kat kertas pastu tampal kat dinding rumah, bawah suis lampu supaya saya nampak hari2. konon nak bagi minda tu serap apa yang saya tulis dan baca. eh menjadi tau setakat ni. hihihi

2) makan hidangan lengkap

dalam pantang memang biasa makan terjaga. tapi sesetengah cara berpantang mungkin agak extreme. saya berpantang seminggu pertama mak dan suami yang jaga. benda sejuk, berangin memang tolak tepi. makan sayur mayur yang segar2 aje. ikan pun pilih2 juga macam ikan kerisi, ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah. buah saya makan, lagi2 buah oren. untuk bekalan vitamin c; supaya cepat luka tu sembuh, dan sebagai fiber untuk elak sembelit. nasi makan juga sebab perlu tenaga babe! paling penting minggu pertama tu, nak pulihkan tenaga, nak recover cepat, kena bangun malam, nak breastfeed lagi. mestilah makan yang berkhasiat dan seimbang.

tips kumpul stok ebm

stir fry daun kucai, lobak merah dan lobak putih ni antara menu berpantang saya. oh letak halia sikit. terangkat you. takde maknanya orang kata menu berpantang tak sedap. ikut hati nak tambah nasi tu banyak kali. hihi

tips kumpul stok ebm

tips kumpul stok ebm

saya ambil supplement shaklee  dan makan jamu sekali okay! alhamdulillah, speed recovery; khasiat cukup katanya. baby pun alhamdulillah sihat dapat tempias  daripada setiap titisan susu ibu tu.

3) minum air secukupnya

ni ramai yang problem ni. satu, memang mommies jenis yang kurang minum air. yang kedua pula terkongkong dengan rutin berpantang yang ketat. sedangkan waktu biasa pun kena minum air sekurang2nya 3 liter sehari inikan pula semasa breastfeed kan? secara logiknya kalau minum cukup air barulah banyak susu keluar. semasa berpantang pengambilan air berlebihan dikatakan tidak sesuai kerana perut mudah jadi buncit. nak cepat kempis sebenarnya kena rajin susukan bayi, memang segala lemak degil kat perut tu bagai disedut2 ibarat liposuction katanya. tapi tidaklah serta merta dan cepat. makan masa; slowly but surely kata orang melaka.

tips kumpul stok ebm

yang sebenarnya, yang tidak sesuai cara pengambilan air tu, bukan amaun nya. minum air yang sedikit2 namun kerap. cara saya, saya minum segelas setiap setengah jam. memanglah kerap ke tandas, tapi jangan jadikan semua tu alasan. okay je sebenarnya.

4) mulakan seawal mungkin

breastfeeding journey ni bukan sebulan dua, kalau boleh setiap mommies nak la sampai 2 tahun kan. jadi persiapan pun perlulah rapi sedari awal. sebaiknya mulakan mengepam seawal mungkin. memang, seminggu pertama tu, sesetengah mommies hadapi pelbagai masalah menyesuaikan diri dengan penyusuan seperti baby tak dapat latch dengan betul, puting luka, susu tak keluar. tu belum lagi cerita bayi ada jaundis, mommies lemah, mommies tumpah darah dan sebagainya. namun, sebaik sahaja masalah tersebut dapat diatasi, mommis boleh sangat mulakan mengepam untuk buat stok ebm.

tips kumpul stok ebm

saya mula mengepam dalam minggu pertama. memandangkan aisyah tihani tiada jaundis, saya pun nampaknya sembuh cepat. mula2 tu memang tak banyak pun.tapi bukan ke sikit2 lama2 jadi bukit. betul tak? tricknya saya pam dalam botol kecil 2oz. dapat 1 oz tu rasa bangga sangat dah. padahal 1 oz je pun. ini namanya psikologi. terus semangat nak pam lagi. hahahah

5) power pumping

power pumping? power pumping tu apa? power pumping ni merupakan satu teknik untuk stimulate pengeluaran susu ibu.

tips kumpul stok ebm

pada awalnya bila pam hanya setitik dua atau angin je yang keluar. janganlah frust. biasalah tu. otak dan tubuh belum ada mou lagi. tak syncronize. cara terbaik, ‘ajar’ otak dan tubuh kita. lagipun bayi baru lahir ni perutnya kecil. yang sikit tu mencukupi sebenarnya. lama2 nanti, selari dengan keperluan bayi, susu yang dihasilkan pun jadi banyak. ingat kan konsep asas penyusuan? supply and demand.

kita buat power pumping untuk create supply and demand tu. sebaiknya power pumping ni mommies buat apabila bayi sudah tidur supaya tak terganggu. boleh mulakan 2-3 kali sehari setiap hari selama seminggu. lama2 bila pengeluaran susu semakin banyak dan stabil bolehlah pam seperti biasa. seperti biasa tu apa? seperti biasa tu maksudnya, pam sehingga payudara terasa kosong. kiranya sampai habis susu. jadi jangan segan2 kalau pam tu. tak perlu fikir eh, nanti anak aku tak cukup susu. ingat ye, tubuh akan segera hasilkan susu bila payudara kosong. ha lepas ni pam sepuasnya okay?

6) guna stok ebm hanya apabila bayi tiada di sisi

mommies semua pun faham betapa susah nak kumpul stok susu kan? setitik tu rasa beharga sangat. jadi kenalah bijak mengurus stok yang ada tu. tak kisah lah banyak ke sikit ke. saya pastikan stok ebm hanya digunakan apabila saya bekerja atau tiada di rumah. ye, saya kedekut yang amat bila berkaitan dengan stok ebm ni. lagi2 semasa dalam pantang dan cuti bersalin, memang big NO sangat untuk rasa malas2 nak menyusukan dan guna stok. dah sah2 saya ada di rumah. sebab apa? stok tu lah nanti yang akan kita beri kepada bayi kita bila bekerja nanti. memang masa 2-3 bulan babyi minum sikit je tapi bayangkan pada usia 9 bulan nanti, mungkin production susu pun dah makin kurang, keperluan baby pula makin bertambah. waktu tu memang bergantung kepada stok untuk diberi kepada baby. jadi masa dalam pantang ke, atau sudah bekerja ke walau penat, walau mengantuk pun, selagi bayi bersama dengan kita, usahakan untuk direct feed. cuba ya mommies. tak rugi apa pun sebab biasanya tengah menyusu tu confirmlah mommies dan baby pun sama2 terlelap. eh tiba2 rest lagi. hihihi

tips kumpul stok ebm

cuma dalam seminggu dua sebelum kembali bekerja, mommies bolehlah nak guna stok ebm untuk ajar baby menyusu botol.untuk biasakan rasa puting botol susu supaya mudah suami/pengasuh/penjaga/nurseri beri susu kepada baby. saya mulakan dengan beri 1 -2 oz sehari kepada iasyah tihani. mula2 ditolak2 je dengan lidah. tapi kenalah pujuk2 dan sabar. biasanya baby ni tak kan mahu menyusu daripada botol kalau mak sendiri yang beri atau dia nampak mak dia dekat2 situ. pada fikiran mereka, kenapa kena minum daripada botol susu kalau mama ada dekat sini. tak pasal2 stress baby kita. hahaha. jadi kalau nak ajar baby minum melalui botol susu pastikan mommies minta bantuan pihak ketiga. baby ni biasanya dengan orang lain behave je.  bijak bijak..

============================================================

haa.. senang je kan? biasanya mula2 memang terasa susah tapi lama2 rasa seronok pula. lagi2 kalau dapat sokongan suami dan keluarga. kalau ada teman mengepam di pejabat lagi lah best. dapat bertukar2 cerita dan pengalaman. jadi tidaklah mudah nak rasa down atau patah semangat. apa2 pun, kenalah amalkan dan konsisten. good luck mommies!

alfalfa · breastfeeding · health

alfalfa shaklee: untuk lelaki dan wanita

sebut je alfalfa, ramai mommies yang kenal. sebab banyak khasiat yang benefit kewanitaan. chewah! tapi jangan tak tahu, khasiat alfalfa ni sebenarnya lebih daripada yang kau tahu. kiranya banyak lagi la yang uols tak tahu. hehe

daunan

alfalfa ni dah digunakan sejak zaman dulu; dari zaman rom dah ada cerita pasal alfalfa. nama alfalfa ni berasal daripada bahasa arab dan dipercayai berasal dari iran. sekarang ni, alfalfa ditanam secara meluas untuk pelbagai kegunaan.

istimewanya pokok alfalfa ni, walaupun pokoknya setinggi 1 hingga 3 meter, tapi akar dia jauh ke bawah tanah kira2 15 meter. selain menyerap air, mineral2 dalam tanah pun diserap sekali. daun hijaunya pula kaya dengan klorofil. pokok alfalfa ni tergolong dalam kumpulan kekacang dan bunga dia warna purple, cantik tau.

bungaan

jom kita kenali apa terkandung dalam alfalfa ni. alfalfa mengandungi:

– protein

– mineral (iron, fosforus, kalsium, kalium, sodium dam silikon magnesium)

– vitamin (a, b6, c, d, e, k dan u)

kegunaan alfalfa untuk kesihatan memang sangat banyak. klik sini. di antaranya ialah:

mengurangkan kelesuan

– merawat arthritis dan asma

– membantu penghadaman

– mengurangkan allergy, sinus dan eczema

– detoks

– melegakan sembelit

– mengeluarkan angin dalam badan

– meningkatkan stamina

– mengurangkan kolestrol, bengkak air

– gout

– anti tumor dan anti bakteria

Рkewanitaan (keintiman suami isteri, keputihan, milk booster, menegangkan  cik B dan pemulihan selepas bersalin)

 

banyak kan? tu pun ada yang tak tersenarai. dijual pelbagai bentuk (cecair, tablet, malah sprout), yang membezakan produk berasaskan alfalfa ni adalah cara ditanam dan diproses.

shaklee alfalfa complex daripada daun alfalfa yang sangat berkualiti ditanam tanpa menggunakan racun serangga dan kulat. pastu, di compress dan dijadikan tablet. senang uols nak makan dan tahan lama. takde chemical, pengawet, pewarna, pemanis, dan bahan2 tambahan.

alfalfa

terus terasa nak telan alfalfa. hahaah

nak order? KLIK SINI 

|nurulhazwanihamza|+6017-678 1660|