Coaching · health · lifestyle · passion · shaklee

10 Sebab Mengapa Coaching Session di Supermom Club House Sangat Awesome

Dah lama rasanya saya tak bercoaching dengan anak cucu Shaklee saya. Jadi dalam minggu lepas saya ada open session untuk adakan kelas semalam; Sabtu 4 Mac 2017, bertempat di Supermom Club House (SCH). Opie, cicit Shaklee saya dah sedia awal-awal untuk coaching. Saya set kan jam 10 pagi. Yang dia tak tahu, Master Hadha, kakak cun Nora dan si manis Saralicious Vitamin pun akan turut serta pada jam 11 pagi.


Kami sedang bercoaching dengan Master Kamarul @ dedi MKB

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Persoalan: Kenapa memilih coaching di SCH?

Jawapan: SCH menjadi pilihan saya kerana:

  1. Lokasi yang senang dijumpai. Kalau tak jumpa, waze kan ada.

  2. Tempat letak kereta yang banyak, convenient sangat.

  3. Kawasan yang luas. SCH memang bilik seminar serbaguna, luas pula tu. Tak lah rasa stuffy, aircond pun sejuk je.

  4. Mesra anak-anak. SCH dilengkapi dengan playroom (dan tentulah banyak barang permainan). Kawasan yang luas membuatkan anak-anak dapat bermain dan berlari ke sana sini like nobody’s business. Ibu bapa boleh fokus pada sesi pembelajaran dengan tenang.

  5. Dilengkapi kemudahan WiFi untuk memudahkan coaching terutama yang berkaitan blogging, instagram dan FB. Live streaming sambil coaching pun boleh. Best!

  6. Kedai serbanika, klinik dan cafe terletak bersebelahan dengan SCH. Kalau perlu apa-apa atau ada kecemasan, mudah untuk diuruskan. Jangan tak tahu tadika pun ada sebelah SCH.

  7. Tahap kebesihan SCH memang tip top. Sentiasa kemas dan tidak berbau. Mana selesa nak coaching kalau asyik kena tutup hidung.

  8. Ada tandas, dan ada ruang yang sesuai untuk mendirikan solat. Jadi tak perlu risau nak cari tempat solat jauh-jauh. Di bilik seminar kalau nak berjemaah ramai-ramai pun boleh sangat sebenarnya.

  9. Staf yang mesra dan baik. Senang berurusan dan paling penting suka senyum semuanya. Sejukk hati. Hehe

  10. Yang paling utama, mengapa SCH pilihan saya untuk coaching ialah penggunaan SCH adalah PERCUMA untuk keluarga SUPERMOM! Β Yeay! Untuk pengetahuan semua, SCH boleh disewa bagi menjalankan kursus atau pun seminar. Jadi rugilah sebagai ahli keluarga SUPERMOM kalau tak ambil peluang ni kan?

Advertisements
health · lifestyle · passion · running · shaklee

Shah Alam Night Run 2017

My first running event for 2017. Somehow I managed to ‘force’ my sister to run with me that night. There were two distances; half marathon (HM) and 10km. Of course we both registered for 10km. I don’t think anyone of us are mentally and physically prepared for HM. 10km will be our further distance for now.

Shah Alam Night Run 2017 or Shah Alam Half Marathon 2017 was held at my favourite running spot, Dataran Kemerdekaan Shah Alam. HM flag off was scheduled at 12 midnight 26th February 2016 and 10km runners will be released at 1am.

So I put my children to sleep, and at 11pm I picked up my sister and drove to the running venue which was like 2 minutes from home? Hahaha yeah. There were many cars parked along the streets and finally we found one good spot to park. To tell you the truth, if I were to walk from home to where I parked my car, I don’t even sweat because it was near home.

img_5988

 

We reached flag off (FO) point and HM runners FO at 12.30am. So 10km runners slowly step forward and wait for our FO which was scheduled at 1am. At 12.45am, sudden rain poured on us! We were soaking wet while standing and waiting at FO point. I could not imagine how HM runner ran in heavy rain. Luckily, the rain was heavy and quick. At 1am, we were released to run and thank God it felt good to run in such a cool and windy night.

I tried to run abreast with my sister so that I would not lose her; since this run was her first 10km run. However at 6km, I could not wait any longer. I feel more energised and increased my pace and after a while, I believed I left my sister at the back. Yeah, talking about being a good sister, but hey she is 34 years old this year.

I reached finishing line after about 1 hour 50 minutes run. It was satisfying though, since I have not practised for about 2 months due to my work commitment. Then, met my ex roommate at university, Nuurill after run. I did not remember how long we have not seen each other. Perhaps, more than 5 years? We sat not far from medal collection point and talked and talked while waiting for my sister to arrive. I remember we used to jog every Saturday morning around our university but of course at times I skipped, just to continue my so precious beauty sleep. Hehehe

At about 3am my sister came, she was smiling. Perhaps she saw how chatty we were. Since it was already later, so three of us slowly made a move to our cars. Luckily Nuuril parked her car not far from mine, so we headed to our cars while chatting and complaining about our weight and somehow blame it to the kampung appetite we are having lately.

img_6047

Before we parted and said goodbye, we pledged to run together, eat right and exercise well to reach 50kg by end of this year (2017).

See you in next running event Nuurill darl!

lifestyle · passion · shaklee

akibat terjebak dengan shaklee

dah lama saya nak luahkan pasal ni. selesai uruskan anak2 saya kuatkan azam untuk menulis juga entry ni. tak nak tunggu2 lagi. biar semua orang tahu apa yangΒ  saya tanggung akibat terjebak dengan shaklee. nak kata menyesal? benda dah jadi, saya join shaklee pun dengan kerelaan sendiri. nak tak nak telan aje. berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri, tak syak lagi inilah kesan2 yang saya alami akibat terjebak dengan shaklee.

 

  • semakin stress

 

gathering kirana di dataran kemerdekaan shah alam

huh! ni yang paling ketara! stress sangat sejak2 makan shaklee saya susah nak dapat mc. mula2 dulu lepas konsisten makan supplement shaklee, saya demam teruk jugak. tekak sentiasa berkahak. lamalah juga. masa tu memang dah mula rasa bengang dah. kata supplement shaklee ni bagus, nak bagi sihat. tup2 katanya healing crisis. saya ikutkan jga sebab nak prove them wrong. suruh minum air banyak2 pun saya layan juga. amazingly, lepas tu kesihatan saya makin bertambah baik. jarang sangat nak demam. sesekali tu adalah. jadi payah sangat nak dapat mc. kadang2 tu nak lah juga mintak mc sebab nak lepak kat rumah kan. paling epic masa mengandungkan aisyah tihani. sehari pun saya tak dapat mc! cergas dan bertenaga. buat muka kesian mintak mc lepas check up tak pernah dapat sebab hb ok, tekanan darah (bp) pun cantik je. jealous betul dengan mommies yang lain lembik melepek di rumah lepas check up. argghh!

  • hilang teman

 

makan2 eid supermom 2014

ho ni pun kisah sedih. sejak mula berkongsi tentang shaklee dengan ramai orang, saya perasan saya mula hilang teman2. yang dulu rajin bertegur sapa sekarang dah diam seribu bahasa. agaknya takut saya paksa beli atau ajak join shaklee. memang rasa lonely. kalau mesej tu tak balas galak sangat macam dulu. kalau tengok komen di facebook tu pendek2 je. kalau borak2 in person pun cakap tu nak menyengat je. sedih woo.

tapi Allah kan maha adil, saya hilang teman tapi dapat sahabat sejati. yang setia menyokong dari dulu dan tak kurang juga yang saya pick up sepanjang jalan. sahabat ni tak perlu banyak pun, cukup seorang dua tapi setia ada untuk tegur salah silap, untuk saling ingat mengingati, untuk sama2 jadi lebih baik. cuma yang saya perasan bukan seorang dua sahabat yang saya dapat, tapi lebih daripada itu. ukhuwah makin rapat, terasa macam ahli keluarga sendiri pula.

  • hilang ketenangan

 

pic coaching pm cery

haaa ni sangat betul. dari dulu saya memang bercita2 untuk hidup serba sederhana dan tenang. tapi lepas kena inject virus shaklee, saya dah tak tenang! penangan hasutan emak nenek moyang (read:uplines) shaklee buat hati ni rasa tak tenteram je memikirkan yang selama ni saya terbuai2 dalam zon selesa (comfort zone). tak tenang bila fikir punyalah banyak masa dan ringgit yang terbuang dengan aktiviti yang melekakan. tak tenang nak tidur malam apabila kenangkan orang lain bangun qiam tahajud mengaji bagai. tak tenang nak berehat sebab tahu ada yang berzikir setiap saat. macam mana nak tenang kalau saya rasa tertinggal dengan orang lain yang mencari dunia, mengejar akhirat?

  • jadi kurang sabar

 

kelas supermom fighters

ni lagi satu. akibat terjebak dengan shaklee, saya perasan saya jadi kurang sabar. kurang sabar untuk sampaikan ilmu kepada anak cucu shaklee. kalau boleh saya nak kongsikan apa yang saya tahu kepada yang mahu. hilang sabar saya untuk duduk diam2 je, kalau boleh hari2 nak consult customer, pergi pos barang dan cod supplement sana sini. tak sabar saya nak kongsikan berita gembira testimoni customer kepada semua. rasa seronok dan puas hati sangat sebab dapat membantu insan2 di luar sana perbaiki tahap kesihatan dan menambah pendapatan. saya juga jadi kurang sabar dengan ilmu yang sedikit, hari2 saya cuba banyakkan pembacaan tentang kesihatan, kewangan, pengurusan dan motivasi.

  • kurang rasa malu

 

riang ria supermom

shaklee punya pasal, saya jadi muka tak malu! saya dapati saya jadi lebih positif dan ceria. saya tak malu nak kongsi kebaikan yang saya alami sendiri sejak makan shaklee. tak malu nak ajak orang join saya sama2 jana income sampingan. tak malu nak tuntut ilmu dengan sidelines dan uplines yang best sangat. kalau dulu saya ni ada rasa fear of rejection. sikit2 sentap. sensitif tak menentu; sebab tu tak berani nak berniaga. sejak kurang rasa malu ni, rejection tu tak rasa apa pun. hati jadi lebih kental. saya dah tak malu2 nak tumpahkan air mata bila memohon kepada Dia kerana kebergantungan saya sepenuhnya dengan Dia.

nc shaklee 2014 kirana

ohh paling penting saya juga jadi tak malu kendong anak masa naik pentas ambil award. sebab? hello.. kalau bukan untuk kesihatan anak2 dan keluarga saya tak join pun shaklee ni. hihihi

.

.

.

pheww! lega dapat luahkan apa yang saya rasa selama ni. kalau anda semua tak alami nasib macam saya, tak payah join shaklee ye. kalau degil juga, saya tak boleh nak cakap apa. akibatnnya kena tanggung sendiri; jangan cakap saya tak beri amaran. berani buat berani tanggung ok!

lifestyle · motherhood · passion

berpindah ke rumah baru

mmm.. baru dapat duduk betul2 mengadap pc dan menaip. sebelum ni saya ala2 busy dengan check up sana sini; antenatal check up di klinik kesihatan, di hospital dan medical check up class 3. tu sepanjang bulan januari. bulan februari pula sibuk dengan training klia2 hampir setiap off day,memang sangat tak banyak masa. lagi pulak saya memang usahakan untuk berpindah rumah secepat mungkin dalam bulan februari; manalah tahu kot2 terbersalin awal. jadi tak lah jauh en azham nak berulang dari subang ke shah alam. since adam dzikri pun dah start school kan, memang tak menang tangan.

bermula kisah pindah rumah ni, as soon as selepas selesai dicat. mula2 barang2 kecik then baru en azham uruskan barang besar2. walaupun masih ada saki baki barang2 di subang suria, tapi tak kritikal sangat la kot. perlu masa untuk en azham pilih dan kemas, lagipun tenant nak masuk bulan april, jadi dan lah rasanya untuk basuh rumah sekali later.

rumah lepas cat

yang paling saya utamakan berpindah kali ni is baby room/bilik berpantang. of course la saya booking bilik di tingkat bawah. dekat dengan toilet dan dapur dan tv (eh?) apa cer kan mak tang nak duduk tingkat atas, terkepit2 nak turun naik tangga nanti. saya dah siapkan baby cot, katil untuk saya sendiri dan barang2 keperluan berpantang dan baby. sekadar yang asas, ada dah. alhamdulillah. nanti saya update detail ye!

lepas tu saya siapkan langsir rumah.gigih la sangat kan menjahit langsir. eceh, ada gak la yang kagum kat mak buyung ni dalam sarat2 menjahit. yang diorg mungkin tak terfikir menjahit langsir ni bukanlah susah sangat (setakat yang basic; jahit lurus, guna logik and basic math), tapi bukan semua orang ada mesin jahit kan. syukur masa baru pindah rumah subang suria dulu saya puas merengek mintak mesin jahit. natijahnya dapatlah jimat sikit banyak sekarang. dapatlah pasni nak buat bengkung jawa, cadar baby, sarung bantal yada yada.. (ececehhhh sambung je list berangan ni..heheeh)

20140301-100947.jpg

nampaknya langsir untuk tingkat bawah ni rasanya dah selesai.tingkat atas belum lagi sebab ada bilik yang tak de railing langsir, jadi boleh la tangguh dulu. sekarang ni pun memang saya tak naik atas, harapkan en azham je la yang naik atas untuk bersiap sebab baju kerja semua pun kat atas. saya buat masa ni penghuni tetap tingkat bawah. ngeh ngeh..

b complex · esp · lifestyle · motherhood · ostematrix · passion · shaklee · vita c plus · vitalea · vitamin c chewable

set kehamilan shaklee

dah nama pun sid shaklee, haruslah saya tak lepaskan peluang untuk bershaklee sewaktu hamil. kali ni baru dapat rasa pregnant sambil ambil set kehamilan Shaklee (ORDER NOW), time pregnantkan adam dzikri dulu, tak kenal lagi shaklee ni. dengar nama pun tak pernah.ish ish ish..

seawal saya confirm je pregnant, saya terus check stok vitamin di rumah. yang mana yang boleh saya terus makan dan yang mana yang harus saya stop dulu.Β rupa2nya banyak juga vitamin yang saya makan eh? terutamanya untuk detox dan menambah tenaga. itu yang tak boleh duduk diam kot. kot lah..hahaha

ok, jadi saya pun susun botol2 vitamin yang terlibat je untuk diambil sepanjang pregnancy trimester 1. di antaranya;

set asas kesihatan optima shaklee

vitalea (multivitamin diperkaya dengan zat besi yang perlu semasa hamil)

b complex (bekalkan asid folik)

vitamin c chewable/vita-c plus (membekalkan antioksidan dalam membantu meningkatkan sistem imun tubuh, penyerapan zat besi dan memperbaiki kerosakan sel)

tambahan vitamin sepanjang kehamilan

ostematrix (kalsium diperkaya dengan magnesium dan vitamin d)

ESP (bekalkan asid amino untuk pertumbuhan sel dan janin yang sihat)

peppermint ginger plus (untuk ibu2 yang mengalami mual2 dan morning sickness, atau mengelakkan perut dimasuki angin akibat tiada selera makan)

manakala untuk trimester ke-2 dan ke-3 pula, ada penambahan lagi satu supplement yang sangat best iaitu:

omegaguard (untuk perkembangan fungsi otak janin)

erkk..banyak eh? tak banyak pun, dengan khasiat dan manfaat yang saya dapat, memang rasa sangat perbezaan sewaktu pregnant adam dzikri dan pregnant adik baby ni. nak tahu apa bezanya? tunggu…

esp · lifestyle · motherhood · passion · shaklee

kerja pagi ahad

haih bercintanya rasa bila kerja hari ahad. ahad pagi. jam 5 pagi, sedang en azham dan adam dzikri lena diulit mimpi, saya pula sibuk bersiap ke tempat kerja.

 

20140113-044647.jpg

biasanya sebelum keluar, memang tak gigih la saya nak masak. lagi pulak sekarang bawak perut, 7 bulan dah ni. saya ambil secawan shaklee ESP seperti biasa untuk alas perut. cuma sejak akhir2 ni, saya bancuh sekali shaklee ESP dengan serbuk susu kambing. sedap juga, hihi. sajalah saya cuba amalkan untuk mengurangkan risiko baby terkena jaundice nanti. ikhtiar kan..

20140113-044618.jpg

cerita pasal kerja, dah memang kerja sebagai air traffic controller ni kena kerja shift, jadi layankan aje la kena kerja pagi petang malam. tapi serius syahdu babe tengok wajah kesayangan nyenyak tidur while bersiap mencari rezeki sesuap nasi. ecehhhh..

cuma yang bestnya kerja shift ni, disebabkan waktu kerjanya bukan pada peak hours, jadi adam dzikri tak perasan sangat yang saya ni bekerja. yang dia tau ada masa2 dia akan lepak berdua dengan papa (bagus jugak sebab ada bonding time gitu!) ataupun akan stay rumah tok pa dan tok ma.

weekdays bila saya off tu, best lah. banyak urusan yang boleh settle. dapat kena kerja waktu public holiday, hujung minggu, hari raya dan malam2, tu yang kesian kat en azham dan adam dzikri. untuk saya, alhamdulillah saya enjoy the job. cabarannya dan amanah yang digalas memang pengalaman yang sangat beharga.

cuma bila terkenang family tu yang tak sabar nak pegang title wahmies. nak join my fellow supermom family. tapi kan wahmies bukan sebarang wahmies, ini wahmies berisi ok! tidaklah duduk rumah saja2; anak dan suami depan mata, masyuk pulak tu. in my dream, insha allah ❀️❀️❀️