b complex · health

Kesan Kekurangan Vitamin B12 Pada Tubuh

Vitamin B12, atau juga disebut sebagai “Cobalamine” memainkan peranan penting dalam pembentukan darah dan fungsi normal sistem saraf tubuh badan manusia.

Kekurangan vitamin B12 atau dikenali juga sebagai “hypocobalaminemia” pada pada tubuh mengakibatkan kemampuan berfikir merosot, kemurungan dan perubahan pada tindakbalas refleks. Selain itu ia menyebabkan fungsi otot berkurangan sebagai contoh deria rasa pada lidah berkurangan, sel darah merah rendah, fungsi jantung lemah dan kesuburan menurun.

Secara amnya, kanak-kanak sihat mempunyai kadar vitamin B12 sepuluh kali lebih banyak daripada orang tua. Walau bagaimanapun, simptom kekurangan vitamin B12 pada kanak-kanak dapat dlihat melalui kadar tumbesaran yang rendah serta kesukaran untuk bergerak. Tanpa rawatan awal pada anak-anak, perubahan yang dialami ini akan kekal.

Kajian menunjukkan terdapat 3 golongan yang memiliki paras vitamin B12 yang rendah, iaitu:

1) anak Autisme

2) penderita Skizofrenia

3) orang lanjut usia

Sementara itu kadar vitamin B12 pada anak Autisme berusia bawah 10 tahun sama dengan orang dewasa berusia 57 tahun. Manakala paras vitamin B12 pada pesakit Skizofrenia yang berusia 36 tahun ke atas sama kadarnya dengan individu berusia 72 tahun.

Bahaya kan  kesan kekurangan vitamin B12 pada tubuh manusia?

Advertisements
b complex · esp · health · kehamilan/pregnancy · motherhood · omegaguard · ostematrix · shaklee · vita c plus · vitalea

Cara kawal berat badan semasa hamil

Saya dapat banyak permintaan untuk kongsikan cara saya mengawal berat badan semasa hamil. Ikutkan pengalaman, masa pregnantkan Adam Dzikri, berat saya naik 12kg. Mahu menangis juga. Syukur saya berjaya dapatkan berat ideal selepas bersalin. Bukan melalui diet keterlaluan yang memudaratkan saya atau baby, tapi melalui cara pemakanan sihat dan seimbang. Tapi frankly, serik juga. Bukan senang kan nak simply turunkan berat badan. Lagi2 selepas bersalin. Umur pun dah meningkat. Metabolisme pun semakin menurun. Jadi saya berazam sungguh2, sekiranya hamil lagi, saya akan kawal peningkatan berat badan semasa hamil supaya tidak terlalu sukar untuk kurus semula selepas bersalin.

Sebaik sahaja saya tahu saya berbadan dua semula, kali ni saya nekad untuk capai beberapa perkara:
– kawal kenaikan berat badan
– dapatkan bp, hb yang cun
– kawal pemakanan supaya anak kurang/tiada masalah jaundice kelak

Alhamdulillah, ketiga2 impian saya tercapai!

Jom lihat apa dan bagaimana saya buat.

CARA KAWAL BERAT BADAN SEMASA HAMIL

1) Jangan skip waktu makan
2) Tiada istilah eat for two
3) Minum air secukupnya
4) berdisiplin ambil supplement/vitamin untuk ibu hamil
5) Tidur/rehat secukupnya
6) Kekal positif dan aktif
7) Banyakkan berdoa

IMG_1836.JPG

Gambar sewaktu hamil anak pertama, Adam Dzikri

Hamil anak kedua, Aisyah Tihani berat saya naik cuma 6kg sepanjang kehamilan. Memang seronok sebab nurse di KK tak marah. Malah mengalakkan amalan pemakanan sihat serta meneruskan pengambilan supplement semasa hamil. Apa tidaknya, tekanan darah cantik, Hb sentiasa bagus dan berta badan terkawal. Rahsianya tentulah set hamil Shaklee. Tak miss sepanjang pregnancy.

Apabila kandungan saya menjengah bulan ke 4, saya tambahkan kapsul minyak ikan Shaklee yang dikenali sebagai Omegaguard. Ia bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Bonus pointnya, berat badan saya terkawal. Syukur sangat. Selain mudah untuk mendapatkan semua berat ideal selepas bersalin, risiko untuk mendapat diabetes semasa hamil juga berkurang. Alhamdulillah.

IMG_1174

Inilah rupa 3 biji Omegaguard yang saya ambil semasa hamil

Rasanya tak berapa nak risau berat badan naik mencanak kalau hamil lagi. eh?

alfalfa · b complex · breastfeeding · esp · health · lifestyle · motherhood · ostematrix · vita c plus · vitalea · zinc

6 tips kumpul stok ebm semasa berpantang

salam ceria! jom saya kongsikan cara saya buat stok ebm semasa berpantang haritu. bila habis maternity leave, stok dalam freezer ada lebih kurang 400oz. boleh lah, rezeki aisyah tihani. itu pun bukanlah banyak mana, sebab ada yang saya tahu cecah 1000oz! hebat kan? itulah penangan kasih ibu. nak beri yang terbaik sebaik mungkin 🙂

tips kumpul stok ebm

tips kumpul stok ebm

berapa banyak stok susu ibu nak dikumpul, itu subjektif sebenarnya. paling bagus, mommies kumpul je sebanyak mungkin yang terdaya semasa pantang. rasionalnya, dalam pantanglah susu ibu paling banyak. jadi semakin lama bila mungkin ada masanya susu drop, stok tulah jadi penyelamat. seriously. time tu rasa menyesal sangat kalau susu tak cukup.

TIPS KUMPUL STOK EBM SEMASA BERPANTANG

1) niat & mindset

paling penting untuk mommies simpan niat awal2 untuk komited menjayakan penyusuan selama boleh. sentiasa ingatkan diri sendiri dengan cara menulis niat dan impian dalam diari, secara tidak langsung mindset kita pun dah ke arah tu.

tips kumpul stok ebm

cara saya macam zaman spm dulu, tulis kat kertas pastu tampal kat dinding rumah, bawah suis lampu supaya saya nampak hari2. konon nak bagi minda tu serap apa yang saya tulis dan baca. eh menjadi tau setakat ni. hihihi

2) makan hidangan lengkap

dalam pantang memang biasa makan terjaga. tapi sesetengah cara berpantang mungkin agak extreme. saya berpantang seminggu pertama mak dan suami yang jaga. benda sejuk, berangin memang tolak tepi. makan sayur mayur yang segar2 aje. ikan pun pilih2 juga macam ikan kerisi, ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah. buah saya makan, lagi2 buah oren. untuk bekalan vitamin c; supaya cepat luka tu sembuh, dan sebagai fiber untuk elak sembelit. nasi makan juga sebab perlu tenaga babe! paling penting minggu pertama tu, nak pulihkan tenaga, nak recover cepat, kena bangun malam, nak breastfeed lagi. mestilah makan yang berkhasiat dan seimbang.

tips kumpul stok ebm

stir fry daun kucai, lobak merah dan lobak putih ni antara menu berpantang saya. oh letak halia sikit. terangkat you. takde maknanya orang kata menu berpantang tak sedap. ikut hati nak tambah nasi tu banyak kali. hihi

tips kumpul stok ebm

tips kumpul stok ebm

saya ambil supplement shaklee  dan makan jamu sekali okay! alhamdulillah, speed recovery; khasiat cukup katanya. baby pun alhamdulillah sihat dapat tempias  daripada setiap titisan susu ibu tu.

3) minum air secukupnya

ni ramai yang problem ni. satu, memang mommies jenis yang kurang minum air. yang kedua pula terkongkong dengan rutin berpantang yang ketat. sedangkan waktu biasa pun kena minum air sekurang2nya 3 liter sehari inikan pula semasa breastfeed kan? secara logiknya kalau minum cukup air barulah banyak susu keluar. semasa berpantang pengambilan air berlebihan dikatakan tidak sesuai kerana perut mudah jadi buncit. nak cepat kempis sebenarnya kena rajin susukan bayi, memang segala lemak degil kat perut tu bagai disedut2 ibarat liposuction katanya. tapi tidaklah serta merta dan cepat. makan masa; slowly but surely kata orang melaka.

tips kumpul stok ebm

yang sebenarnya, yang tidak sesuai cara pengambilan air tu, bukan amaun nya. minum air yang sedikit2 namun kerap. cara saya, saya minum segelas setiap setengah jam. memanglah kerap ke tandas, tapi jangan jadikan semua tu alasan. okay je sebenarnya.

4) mulakan seawal mungkin

breastfeeding journey ni bukan sebulan dua, kalau boleh setiap mommies nak la sampai 2 tahun kan. jadi persiapan pun perlulah rapi sedari awal. sebaiknya mulakan mengepam seawal mungkin. memang, seminggu pertama tu, sesetengah mommies hadapi pelbagai masalah menyesuaikan diri dengan penyusuan seperti baby tak dapat latch dengan betul, puting luka, susu tak keluar. tu belum lagi cerita bayi ada jaundis, mommies lemah, mommies tumpah darah dan sebagainya. namun, sebaik sahaja masalah tersebut dapat diatasi, mommis boleh sangat mulakan mengepam untuk buat stok ebm.

tips kumpul stok ebm

saya mula mengepam dalam minggu pertama. memandangkan aisyah tihani tiada jaundis, saya pun nampaknya sembuh cepat. mula2 tu memang tak banyak pun.tapi bukan ke sikit2 lama2 jadi bukit. betul tak? tricknya saya pam dalam botol kecil 2oz. dapat 1 oz tu rasa bangga sangat dah. padahal 1 oz je pun. ini namanya psikologi. terus semangat nak pam lagi. hahahah

5) power pumping

power pumping? power pumping tu apa? power pumping ni merupakan satu teknik untuk stimulate pengeluaran susu ibu.

tips kumpul stok ebm

pada awalnya bila pam hanya setitik dua atau angin je yang keluar. janganlah frust. biasalah tu. otak dan tubuh belum ada mou lagi. tak syncronize. cara terbaik, ‘ajar’ otak dan tubuh kita. lagipun bayi baru lahir ni perutnya kecil. yang sikit tu mencukupi sebenarnya. lama2 nanti, selari dengan keperluan bayi, susu yang dihasilkan pun jadi banyak. ingat kan konsep asas penyusuan? supply and demand.

kita buat power pumping untuk create supply and demand tu. sebaiknya power pumping ni mommies buat apabila bayi sudah tidur supaya tak terganggu. boleh mulakan 2-3 kali sehari setiap hari selama seminggu. lama2 bila pengeluaran susu semakin banyak dan stabil bolehlah pam seperti biasa. seperti biasa tu apa? seperti biasa tu maksudnya, pam sehingga payudara terasa kosong. kiranya sampai habis susu. jadi jangan segan2 kalau pam tu. tak perlu fikir eh, nanti anak aku tak cukup susu. ingat ye, tubuh akan segera hasilkan susu bila payudara kosong. ha lepas ni pam sepuasnya okay?

6) guna stok ebm hanya apabila bayi tiada di sisi

mommies semua pun faham betapa susah nak kumpul stok susu kan? setitik tu rasa beharga sangat. jadi kenalah bijak mengurus stok yang ada tu. tak kisah lah banyak ke sikit ke. saya pastikan stok ebm hanya digunakan apabila saya bekerja atau tiada di rumah. ye, saya kedekut yang amat bila berkaitan dengan stok ebm ni. lagi2 semasa dalam pantang dan cuti bersalin, memang big NO sangat untuk rasa malas2 nak menyusukan dan guna stok. dah sah2 saya ada di rumah. sebab apa? stok tu lah nanti yang akan kita beri kepada bayi kita bila bekerja nanti. memang masa 2-3 bulan babyi minum sikit je tapi bayangkan pada usia 9 bulan nanti, mungkin production susu pun dah makin kurang, keperluan baby pula makin bertambah. waktu tu memang bergantung kepada stok untuk diberi kepada baby. jadi masa dalam pantang ke, atau sudah bekerja ke walau penat, walau mengantuk pun, selagi bayi bersama dengan kita, usahakan untuk direct feed. cuba ya mommies. tak rugi apa pun sebab biasanya tengah menyusu tu confirmlah mommies dan baby pun sama2 terlelap. eh tiba2 rest lagi. hihihi

tips kumpul stok ebm

cuma dalam seminggu dua sebelum kembali bekerja, mommies bolehlah nak guna stok ebm untuk ajar baby menyusu botol.untuk biasakan rasa puting botol susu supaya mudah suami/pengasuh/penjaga/nurseri beri susu kepada baby. saya mulakan dengan beri 1 -2 oz sehari kepada iasyah tihani. mula2 ditolak2 je dengan lidah. tapi kenalah pujuk2 dan sabar. biasanya baby ni tak kan mahu menyusu daripada botol kalau mak sendiri yang beri atau dia nampak mak dia dekat2 situ. pada fikiran mereka, kenapa kena minum daripada botol susu kalau mama ada dekat sini. tak pasal2 stress baby kita. hahaha. jadi kalau nak ajar baby minum melalui botol susu pastikan mommies minta bantuan pihak ketiga. baby ni biasanya dengan orang lain behave je.  bijak bijak..

============================================================

haa.. senang je kan? biasanya mula2 memang terasa susah tapi lama2 rasa seronok pula. lagi2 kalau dapat sokongan suami dan keluarga. kalau ada teman mengepam di pejabat lagi lah best. dapat bertukar2 cerita dan pengalaman. jadi tidaklah mudah nak rasa down atau patah semangat. apa2 pun, kenalah amalkan dan konsisten. good luck mommies!

alfalfa · b complex · esp · health · lifestyle · meal shakes · motherhood · ostematrix · performance drink · shaklee · vita c plus · vitalea

5 tips breastfeeding semasa berpuasa

bulan puasa tahun  ni, memang agak mencabar bagi saya. kali ini, puasa sambil menyusukan aisyah tihani. setakat hari ni,  5 ramadhan, nampaknya masih bertenaga sehingga ke petang dan alhamdulillah bekalan susu tak drop, malah ada extra untuk tambah stok yang sedia ada.

20140704-013438-5678222.jpg

ramai yang beranggapan bekalan susu badan akan drop bila berpuasa. salah sama sekali! sebenarnya berpuasa TIDAK mengurangkan susu badan ya ibu2.  jom amalkan 5 tips mudah ni 🙂

 

  • konsep-mindset-niat yang betul

20140704-010734-4054861.jpg

konsep asas penyusuan masih supply dan demand, tak kira mommies berpuasa atau tidak.  apabila konsep asas difahami, mommies tetap mampu menyusukan seperti biasa. saya sentiasa memikirkan yang susu badan saya cukup malah berlebihan untuk disimpan sebagai stok. haha, syok sendiri. but trust me, memang menjadi. kenalah giat kan, sebab saya akan mula bekerja minggu depan. dalam bulan puasa pulak tu. tak payah nak risau2 tak tentu pasal, nanti jadi stress je. niat dalam hati nak menyusukan anak kerana Allah, insha allah dipermudahkan dan ada rezeki anak tu.

bila mommies jelas dengan konsep asas penyusuan, mindset pun dah cun, niat pun dah betul, secara tak langsung akan rasa lebih tenang dan relax. tak risau yang bukan2. yelah yang risau ni mungkin sebab kurangnya knowledge. kalau dah ok semua ni, sampai bocor2 susu kat baju. tu tak dapek lah nak tolong.

 

  • ambil hidangan lengkap semasa berbuka dan bersahur

20140704-010734-4054927.jpg

yang ni senang je kan? saya yakin ramai breastfeeding mommies cepat lapar kerana extra 500 kalori dibakar. rata2 bf mommies dapat semula berat asal sebelum hamil dalam masa 6 bulan selepas bersalin. inikan pula semasa berpuasa. dah tentu lagi cepat laparnya dan turun berat berat badan. pastikan hidangan lengkap semasa berbuka puasa dan bersahur tu seimbang; mengikut piramid makanan. cukup karbohidrat, protein, serat dan mineral supaya tidaklah nak pitam atau gelap mata bila dah petang2.

saya bantai makan nasi semasa berbuka dan bersahur. tekak dan perut melayu okey. saya ambil jugak makanan yang boleh menambah susu badan yang berkesan untuk saya seperti tauhu, ulam jantung pisang, sayur lobak putih dan daun kucai, buah2an dan sayur2an hijau. tapi tidaklah makan berlebihan. tak vogue la di pagi raya nanti kan 🙂 kalau rasa tak mampu nak makan makanan seimbang, pastikan anda ambil makanan tambahan untuk menampung keperluan nutrisi tubuh. saya? of course lah set breastfeeding SHAKLEE. (ORDER NOW)

 

  • minum 3 liter air sepanjang malam

20140704-010734-4054476.jpg

banyaknya! 3 liter? iye puan2, 3 liter sahaja sepanjang malam. tak susah pun sebenarnya. ingat, yang membuatkan penghasilan susu badan berkurangan adalah ibu yang mengalami dehidrasi, bukan ibu yang berpuasa. haaa, nampak tak ramai yang tak perasan sesuatu di situ? memang betul bila berpuasa kita tidak minum di siang hari, jadi cara terbaik adalah dengan mengambil air secukupnya sepanjang malam. saya ambil sekurang2nya 3 liter ar sepanjang malam. trick paling senang dengan cara minum segelas setiap setengah jam. nak sedap saya ambil set mighty triple gems SHAKLEE (ORDER NOW). memang terisi perut, rasa bertenaga dan kurang haus! kalau yang bertarawikh tu lagi mudah rasa haus, kadang2 setiap 2 rakaat minum air. ye tak?

mohon jangan jadikan ‘asyik ke tandas’ sebagai alasan ye. inilah sebenar2 pengorbanan. demi menjayakan penyusuan untuk yang tersayang. kaum bapa please take note. kalau isteri anda komplen macam2, ingatkan isteri anda sebab apa dia memilih untuk breastfeed anak anda. demi kasih sayang. demi khasiat susu ibu. tapi kalau tak jalan jugak, tuangkan aje air dalam mulut dia. hihhi

 

  • jadual mengepam yang tetap

20140704-011252-4372107.jpg

mungkin jadual mengepam mommies berubah dalam bulan puasa ni. saya pun sama. biasalah tu. cuma pastikan payudara anda cepat2 dikosongkan, jadi cepatlah badan tu restock susu. kalau perlu buat power pumping ya untuk stimulate pengeluaran susu badan. saya lebihkan sesi mengepam di waktu malam, supaya tak rasa letih sangat. saya pam selepas anak2 tidur, dalam jam 11 malam dan sebelum sahur pada jam 4 pagi.  bukan apa, kalau dahaga pun, boleh minum terus. air sentiasa ada. lagi best kalau mengepam sambil duduk di sofa, mata pejam. mulut sedut air daripada botol air adam dzikri yang ada straw tu. heaven.

20140704-010733-4053433.jpg

macam mana pula kalau terlewat bangun sahur?

kalau dah terlajak bangun sahur tu, saya pam selepas subuh dalam jam 6 pagi. tetap jugak tak skip sesi mengepam, cuma lewat sikit. what to do? anak nak susu, mak nak kurus.

 

  • makan kurma

20140704-010734-4054738.jpg

kurma membekalkan tenaga segera untuk tubuh. walaupun saya ni tak suka sangat makan kurma, namun kali ni saya gagahkan juga. kesan? terbaik okay. mungkin sebab saya amalkan semua tips untuk mengekalkan kecergasan dan susu ibu, jadi lelbih2 up la kesannya kan. hihih. ada orang cakap makan 3 biji la,7 biji la. saya makan je banyak2. dalam tak suka tu pun layan jugak hihih. boleh buat kunyah2 sepanjang malam sambil minum air tu kan. lagipun dapat pahala sunat :).

ha senang je kan tips yang saya amalkan? jangan putus asa kalau mula2 tu sedikit hasilnya. lama2 nanti banyak lah, dengan syarat mesti konsisten. beri sedikit masa kepada tubuh anda. lagipun memang elok sangat bawa bersabar dalam bulan puasa ni. 🙂 lepas tu mesti rasa nak cuba dan order set penyusuan dan set mighty triple gems SHAKLEE daripada saya kan?

|nurulhazwanihamzah|+6017-678 1660|

b complex · esp · lifestyle · motherhood · ostematrix · passion · shaklee · vita c plus · vitalea · vitamin c chewable

set kehamilan shaklee

dah nama pun sid shaklee, haruslah saya tak lepaskan peluang untuk bershaklee sewaktu hamil. kali ni baru dapat rasa pregnant sambil ambil set kehamilan Shaklee (ORDER NOW), time pregnantkan adam dzikri dulu, tak kenal lagi shaklee ni. dengar nama pun tak pernah.ish ish ish..

seawal saya confirm je pregnant, saya terus check stok vitamin di rumah. yang mana yang boleh saya terus makan dan yang mana yang harus saya stop dulu. rupa2nya banyak juga vitamin yang saya makan eh? terutamanya untuk detox dan menambah tenaga. itu yang tak boleh duduk diam kot. kot lah..hahaha

ok, jadi saya pun susun botol2 vitamin yang terlibat je untuk diambil sepanjang pregnancy trimester 1. di antaranya;

set asas kesihatan optima shaklee

vitalea (multivitamin diperkaya dengan zat besi yang perlu semasa hamil)

b complex (bekalkan asid folik)

vitamin c chewable/vita-c plus (membekalkan antioksidan dalam membantu meningkatkan sistem imun tubuh, penyerapan zat besi dan memperbaiki kerosakan sel)

tambahan vitamin sepanjang kehamilan

ostematrix (kalsium diperkaya dengan magnesium dan vitamin d)

ESP (bekalkan asid amino untuk pertumbuhan sel dan janin yang sihat)

peppermint ginger plus (untuk ibu2 yang mengalami mual2 dan morning sickness, atau mengelakkan perut dimasuki angin akibat tiada selera makan)

manakala untuk trimester ke-2 dan ke-3 pula, ada penambahan lagi satu supplement yang sangat best iaitu:

omegaguard (untuk perkembangan fungsi otak janin)

erkk..banyak eh? tak banyak pun, dengan khasiat dan manfaat yang saya dapat, memang rasa sangat perbezaan sewaktu pregnant adam dzikri dan pregnant adik baby ni. nak tahu apa bezanya? tunggu…

b complex · esp · health · kehamilan/pregnancy · motherhood · shaklee · vita c plus · vitalea · zinc

Checklist barang ibu ke hospital

Ha ok. memandangkan senarai barang2 baby untuk dibawa ke hospital sudah saya kongsikan (klik sini), jom tengok pulak barang apa pula yang perlu dibawa oleh bakal ibu2 ke hospital. Assuming that mommies bersalin di hospital kerajaan la ye. Saya takde pengalaman bersalin di hospital swasta. hihih

Ada sesetengah ibu, terutama sekali first time mother yang pack barang macam nak pergi bercuti, walhal sebenarnya tak perlu banyak sangat pun. Selain berat, kadang2 ada yang tak sempat nak guna pun semasa di hospital.  Tau-tau doktor suruh discharge pulak. Sian cik abang nanti. Bertrip-trip hantar barang ke kereta. Kalau parking dekat ok la kan, kalau parking jauh sian jugak.

checklist barang ibu ke hospital:

  • kad pengenalan
  • buku merah (rekod kesihatan sepanjang kehamilan)
  • 1 pasang baju untuk balik sepanjang di hsopital pakai baju hospital je)
  • 2 pasang stokin
  • 2 pasang kain batik
  • 1 set barang mandian (getah rambut, sikat, perfume pun kalau boleh bawa ya)
  • 1 pasang telekung (in case kalau warded awal)
  • 1 bungkus maternity pads
  • laundry bag
  • tisu
  • selipar
  • minyak panas
  • disposable panties
  • handphone/smartphone dan charger (power bank)
  • nursing bra
  • breast pump dan ebm storage bottle/bag (in case kalau baby kena tahan wad)
  • tudung instant
  • bahan bacaan
  • vitamin set berpantang shaklee dan ESP (bekal untuk 2-3 hari)
20140125-232457.jpg
b complex, vita c plus, vitalea
zinc complex dan ESP
zinc complex dan ESP
breast pump. mintak nyawa gak ni kalau tak bawak, tapi ikut keadaan dan kes lah.
breast pump. mintak nyawa gak ni kalau tak bawak, tapi ikut keadaan dan kes lah.
stokin, disposable panties, minyak kelapa dara, maternity pad. minyak kelapa dara tu interframe je lebih. gunanya tang lain, nanti cerita lain kali eh..
stokin, disposable panties, minyak kelapa dara, maternity pad. minyak kelapa dara tu interframe je lebih. gunanya tang lain, nanti cerita lain kali eh..

Dah 31 minggu dah sekarang, am still working on barang2 ni. hampir lengkap dah. cuma tunggu nursing bra yang saya order online sampai. Of course lah nak yang cantik2 sikit dan praktikal. ambil pengajaran daripada experience menyusukan adam dzikri dulu. Masa tu ilmu tak berapa ada. Now saya cuba equip myself with more and more knowledge. Sudahnya, kejap2 barang yang dah siap ni saya susun dalam beg, kejap2 keluarkan balik. Asyiknya mengira barang. Hahaha, padahal ada yang lebih penting untuk disiapkan. Tapi tulah, masuk trimester ketiga ni saya mudah terjaga malam dan terus tak dapat tidur sampai ke pagi. Jadi apa lagi, godek2 apa yang patut la. Some more excited kot nak jumpa baby.

Lagi 2 solid months to go. chaiyok!