Tentang Saya

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Nama saya Nurul Hazwani binti Hamzah. Berasal dari Shah Alam, Selangor. Saya merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Saya sudah berkahwin dan dikurniakan 2 cahayamata, Adam Dzikri dan Aisyah Tihani.

img_6101

Saya merupakan pengguna set berpantang dan penyusuan Shaklee selepas melahirkan anak sulung pada tahun 2010. 2 tahun sebagai pengguna, membuatkan saya yakin dengan keberkesanan produk Shaklee. Pada tahun 2012, saya mendaftarkan diri sebagai ahli, untuk menikmati faedah serta keistimewaan yang ditawarkan.

Bermula sebagai pengguna, saya kini seronok berkongsi kebaikan yang telah saya rasai sendiri dan seisi keluarga. Blog merupakan antara medium yang saya gunakan untuk berkongsi pengetahuan, minat, tips, kisah kehidupan dan pengalaman saya. Blog juga merupakan platform saya berkongsi kebaikan suplemen Shaklee dan bagaimana ia mengubah hidup saya menjadi lebih sihat dan positif selain menjana pendapatan yang lumayan.

Semoga blog ni terus menjadi wadah untuk sebaran informasi berguna dan membantu mereka di luar sana yang ingin menambah pendapatan melalui bisnes suplemen Shaklee.

Terima kasih.

 

 

 

Advertisements