5 Tips Ajar Anak Bangun Awal

Posted on Updated on

Pagi-pagi memang mencabar sungguh untuk mengejutkan anak-anak bangun awal. Dugaan untuk memastikan anak-anak bangun tepat pada masanya untuk mandi, solat Subuh dan mempunyai masa yang cukup untuk bersiap ke sekolah.

Tidak dinafikan ada masanya kecoh rumah semata-mata mahu mengejutkan anak bangun awal di hari persekolahan. Itu belum kisah airmata, atau cerita tentang teriakan nyaring ibu ayah yang sampai satu taman boleh dengar.

Kali ini saya mahu berkongsi tips bagaimana saya mengajar anak-anak saya bangun awal. Tips ini asalnya saya praktikkan untuk memudahkan saya bersiap ke tempat kerja pada waktu pagi. Setakat ni nampaknya berkesan kepada anak-anak saya yang berusia 7 tahun dan 3 tahun.

 

Pastikan anak-anak mandi dan makan malam sebelum Maghrib.

Kalau boleh saya akan pastikan anak-anak saya telah mandi dan mengambil makan malam sebelum waktu Maghrib supaya mereka rasa lebih tenang dan tidak meragam.

Ada juga kadang-kadang mereka minta biskut, roti, atau telur goreng, rebus atau setengah masak malam-malam. Saya layankan juga, ada masa saya pujuk supaya makan esok hari je. Ada ke tengah malam minta ayam goreng? Sangat tak membantu mak nak eat clean, keep fit etc etc..

 

Sediakan jadual dan beri timeframe untuk setiap aktiviti mereka.

Setiap malam saya akan beritahu berulang kali apa yang perlu dibuat termasuklah membuat kerja rumah, mengemas buku untuk jadual esok, minum susu, buang air kecil, basuh kaki sebelum tidur, yada yada..

Apa sahaja tugasan yang perlu diselesaikan saya pastikan semuanya dilaksanakan sebelum tidur. Kalau tak sempat siap, saya pun mula lah bising hihi. Bukan apa, bila saya bising tu, anak-anak jadi kurang leka. Takde lah sambil lewa sangat. Mereka tahu selagi tak settle selagi tu mulut mak tak tahu nak diam. Haha tak sangka saya pun boleh tahan juga membebel. Padahal akak acah pendiam jugak tau. Hihi

 
Ajak anak-anak masuk tidur setengah jam sebelum waktu tidur

Saya ajak anak-anak saya naik tidur jam 9.30 malam untuk pastikan anak-anak tidur jam 10 malam. Maksudnya segala urusan dan homework dah kena siap sebelum 9.30 malam. Saya pastikan lampu bilik semua ditutup, masing-masing sudah mengambil tempat tidur masing-masing. Saya ajak anak-anak baca surah Al-Fatihah, dan biasanya saya akan berbual santai dengan anak. Jangan tak tahu, waktu macam ni lah, tiba-tiba banyak rahsia dan isi hati yang anak bujang saya beritahu. Time ni lah nak cerita tentang kawan tu, tentang tandas sekolah, dan cikgu yang disukai.

Anak dara yang baru 3 tahun pun boleh tahan juga nak berbual. Dalam pelat ada juga ceritanya tentang makanan apa yang dimakan,apa yang dia buat sepanjang hari. Tak nak beralah dengan abang. Hihi

Time ni juga biasa saya pesan untuk tidur lena, bangun pagi untuk SOLAT SUBUH (bukan untuk ke sekolah) dan masukkan nasihat sedikit. Entah dengar ke tidak, kalau dah masuk alpha state tu mula-mula dia angguk je, lama-lama lelap terus.

 
Konsisten kejut anak pada waktu yang sama setiap hari. 

Saya kejut anak saya tepat jam 6 pagi setiap hari. Tak lewat tak cepat. Tak kisah la tidur cepat ke lambat ke, jam 6 pagi saya kejut kan. Mula-mula anak saya tak berapa faham, jadi ambil mudah dan akhirnya tidur lambat. Bila tetap kena bangun pagi jam 6 pagi, lama-kelamaan anak saya dah faham trendnya dan tahu that his mother is damn serious about waking up early in the morning.

Yelah, mak kena siap awal juga. Mak masuk kerja jam 7.30 pagi. Mau tak serious?

Sudahnya anak saya minta dibelikan jam loceng. Saya ajar macam mana nak tengok jam, macam mana nak kunci jam dan macam mana nak matikan jam loceng. Dia sendiri pun rasa bingit dengar jam loceng dia berbunyi kuat pada waktu pagi.

 

Ulang setiap hari termasuk hari minggu.

Ye, anda tak salah baca. Termasuk hari minggu. Sehingga mereka boleh bangun sendiri. Sebab tujuan asal bangun awal adalah untuk SOLAT SUBUH. Bukan untuk ke sekolah. Tanamkan dalam fikiran mereka begitu.

Kalau sejak awal lagi mereka dapat idea yang bangun awal tu sebab nak pergi sekolah, jawabnya hari minggu memang bangun lewat lah.

 

Sudahnya sekarang ni anak-anak saya bangun awal. Hujung minggu, paling lewat jam 7 pagi mata masing-masing sudah terbuka. Takde chance mak nak lelap sepicing dua selepas Subuh. Lucunya, anak perempuan saya yang berumur 3 tahun pun dah pandai kejut saya bangun pagi. Katanya, “Mama, bangun. Dah pagi”, versi pelat sudah pasti. Sambil tunjuk ke arah cahaya matahari dari tingkap.

Nak beritahu matahari dah naik, mak tak nak buat sarapan ke?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s