breastfeeding · esp · health · kehamilan/pregnancy · lifestyle · meal shakes · motherhood · shaklee · testimoni

Testimoni: Parut Stretch Marks HILANG Selepas Amalkan Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) – Nurul Hazwani Hamzah

PARUT STRETCH MARKS HILANG SELEPAS AMALKAN ESPimg_6100

Stretch marks. Ramai ibu2 yang mengalami masalah ini sepanjang kehamilan, terutama sekali apabila kandungan mencecah 8 bulan ke atas. Rasa stress setiap kali terpandang rekahan pada kulit yang dulu licin dan sekata.

Untuk saya, saya mengalami stretch mark jauh lebih awal. Seawal menjengah alam remaja; 13-14 tahun. Awal kan? Saya dulu, sangat kurus sewaktu di sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah menengah, ditambah dengan perubahan hormon, (baru nak up orang kata) saya mula dapat berat seimbang.

Tapi kesannya, saya mula perasan terdapat stretch marks pada kawasan-kawasan tertentu pada tubuh saya. Gelap dan hodoh. Memang sebagai remaja, saya akui saya rasa sangat rendah diri.
Masalah ini tidak pernah selesai, sehinggalah bertahun-tahun kemudian.

Suatu hari, kalau tak silap pada 2012, Master Hadha perkenalkan saya dengan ESP. Asalnya beliau beri saya cuba segelas di rumahnya. Kata Master Hadha, bagus untuk lapik perut sambil boleh meningkatkan metabolisme, maklumlah saya bekerja shift adakalanya makan tak menentu lagi pula letih melayan Adam Dzikri yang baru menginjak 2 tahun masa tu.

Seteguk saya rasa, mm sedap. Saya beli 1 canister ESP dengan harapan siapa tak nak kurus kan? Hehe

Pada suatu hari, lebih kurang 2 bulan selepas mengamalkan ESP, saya perasan yang garisan gelap stretch marks pada tubuh saya semakin pudar. Eh, biar benar, detik hati saya. Untuk kepastian, saya hubungi Master Hadha. Alhamdulillah, memang betul rupanya. Haruslah saya teruja dan konsisten terus minum ESP.

Rupanya boleh berkurang kesan stretch marks ni ye.
Sekarang dah masuk tahun ke 4 saya mengamalkan ESP. Kesan rekahan pada kulit saya hampir- hampir tak kelihatan. Secara tak langsung keyakinan diri pun bertambah, sampaikan nak bercakap depan orang ramai pun rasa yakin je.

Seronok sangat!

 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s