alfalfa · b complex · breastfeeding · esp · health · lifestyle · motherhood · ostematrix · vita c plus · vitalea · zinc

6 tips kumpul stok ebm semasa berpantang

salam ceria! jom saya kongsikan cara saya buat stok ebm semasa berpantang haritu. bila habis maternity leave, stok dalam freezer ada lebih kurang 400oz. boleh lah, rezeki aisyah tihani. itu pun bukanlah banyak mana, sebab ada yang saya tahu cecah 1000oz! hebat kan? itulah penangan kasih ibu. nak beri yang terbaik sebaik mungkin 🙂

tips kumpul stok ebm

tips kumpul stok ebm

berapa banyak stok susu ibu nak dikumpul, itu subjektif sebenarnya. paling bagus, mommies kumpul je sebanyak mungkin yang terdaya semasa pantang. rasionalnya, dalam pantanglah susu ibu paling banyak. jadi semakin lama bila mungkin ada masanya susu drop, stok tulah jadi penyelamat. seriously. time tu rasa menyesal sangat kalau susu tak cukup.

TIPS KUMPUL STOK EBM SEMASA BERPANTANG

1) niat & mindset

paling penting untuk mommies simpan niat awal2 untuk komited menjayakan penyusuan selama boleh. sentiasa ingatkan diri sendiri dengan cara menulis niat dan impian dalam diari, secara tidak langsung mindset kita pun dah ke arah tu.

tips kumpul stok ebm

cara saya macam zaman spm dulu, tulis kat kertas pastu tampal kat dinding rumah, bawah suis lampu supaya saya nampak hari2. konon nak bagi minda tu serap apa yang saya tulis dan baca. eh menjadi tau setakat ni. hihihi

2) makan hidangan lengkap

dalam pantang memang biasa makan terjaga. tapi sesetengah cara berpantang mungkin agak extreme. saya berpantang seminggu pertama mak dan suami yang jaga. benda sejuk, berangin memang tolak tepi. makan sayur mayur yang segar2 aje. ikan pun pilih2 juga macam ikan kerisi, ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah. buah saya makan, lagi2 buah oren. untuk bekalan vitamin c; supaya cepat luka tu sembuh, dan sebagai fiber untuk elak sembelit. nasi makan juga sebab perlu tenaga babe! paling penting minggu pertama tu, nak pulihkan tenaga, nak recover cepat, kena bangun malam, nak breastfeed lagi. mestilah makan yang berkhasiat dan seimbang.

tips kumpul stok ebm

stir fry daun kucai, lobak merah dan lobak putih ni antara menu berpantang saya. oh letak halia sikit. terangkat you. takde maknanya orang kata menu berpantang tak sedap. ikut hati nak tambah nasi tu banyak kali. hihi

tips kumpul stok ebm

tips kumpul stok ebm

saya ambil supplement shaklee  dan makan jamu sekali okay! alhamdulillah, speed recovery; khasiat cukup katanya. baby pun alhamdulillah sihat dapat tempias  daripada setiap titisan susu ibu tu.

3) minum air secukupnya

ni ramai yang problem ni. satu, memang mommies jenis yang kurang minum air. yang kedua pula terkongkong dengan rutin berpantang yang ketat. sedangkan waktu biasa pun kena minum air sekurang2nya 3 liter sehari inikan pula semasa breastfeed kan? secara logiknya kalau minum cukup air barulah banyak susu keluar. semasa berpantang pengambilan air berlebihan dikatakan tidak sesuai kerana perut mudah jadi buncit. nak cepat kempis sebenarnya kena rajin susukan bayi, memang segala lemak degil kat perut tu bagai disedut2 ibarat liposuction katanya. tapi tidaklah serta merta dan cepat. makan masa; slowly but surely kata orang melaka.

tips kumpul stok ebm

yang sebenarnya, yang tidak sesuai cara pengambilan air tu, bukan amaun nya. minum air yang sedikit2 namun kerap. cara saya, saya minum segelas setiap setengah jam. memanglah kerap ke tandas, tapi jangan jadikan semua tu alasan. okay je sebenarnya.

4) mulakan seawal mungkin

breastfeeding journey ni bukan sebulan dua, kalau boleh setiap mommies nak la sampai 2 tahun kan. jadi persiapan pun perlulah rapi sedari awal. sebaiknya mulakan mengepam seawal mungkin. memang, seminggu pertama tu, sesetengah mommies hadapi pelbagai masalah menyesuaikan diri dengan penyusuan seperti baby tak dapat latch dengan betul, puting luka, susu tak keluar. tu belum lagi cerita bayi ada jaundis, mommies lemah, mommies tumpah darah dan sebagainya. namun, sebaik sahaja masalah tersebut dapat diatasi, mommis boleh sangat mulakan mengepam untuk buat stok ebm.

tips kumpul stok ebm

saya mula mengepam dalam minggu pertama. memandangkan aisyah tihani tiada jaundis, saya pun nampaknya sembuh cepat. mula2 tu memang tak banyak pun.tapi bukan ke sikit2 lama2 jadi bukit. betul tak? tricknya saya pam dalam botol kecil 2oz. dapat 1 oz tu rasa bangga sangat dah. padahal 1 oz je pun. ini namanya psikologi. terus semangat nak pam lagi. hahahah

5) power pumping

power pumping? power pumping tu apa? power pumping ni merupakan satu teknik untuk stimulate pengeluaran susu ibu.

tips kumpul stok ebm

pada awalnya bila pam hanya setitik dua atau angin je yang keluar. janganlah frust. biasalah tu. otak dan tubuh belum ada mou lagi. tak syncronize. cara terbaik, ‘ajar’ otak dan tubuh kita. lagipun bayi baru lahir ni perutnya kecil. yang sikit tu mencukupi sebenarnya. lama2 nanti, selari dengan keperluan bayi, susu yang dihasilkan pun jadi banyak. ingat kan konsep asas penyusuan? supply and demand.

kita buat power pumping untuk create supply and demand tu. sebaiknya power pumping ni mommies buat apabila bayi sudah tidur supaya tak terganggu. boleh mulakan 2-3 kali sehari setiap hari selama seminggu. lama2 bila pengeluaran susu semakin banyak dan stabil bolehlah pam seperti biasa. seperti biasa tu apa? seperti biasa tu maksudnya, pam sehingga payudara terasa kosong. kiranya sampai habis susu. jadi jangan segan2 kalau pam tu. tak perlu fikir eh, nanti anak aku tak cukup susu. ingat ye, tubuh akan segera hasilkan susu bila payudara kosong. ha lepas ni pam sepuasnya okay?

6) guna stok ebm hanya apabila bayi tiada di sisi

mommies semua pun faham betapa susah nak kumpul stok susu kan? setitik tu rasa beharga sangat. jadi kenalah bijak mengurus stok yang ada tu. tak kisah lah banyak ke sikit ke. saya pastikan stok ebm hanya digunakan apabila saya bekerja atau tiada di rumah. ye, saya kedekut yang amat bila berkaitan dengan stok ebm ni. lagi2 semasa dalam pantang dan cuti bersalin, memang big NO sangat untuk rasa malas2 nak menyusukan dan guna stok. dah sah2 saya ada di rumah. sebab apa? stok tu lah nanti yang akan kita beri kepada bayi kita bila bekerja nanti. memang masa 2-3 bulan babyi minum sikit je tapi bayangkan pada usia 9 bulan nanti, mungkin production susu pun dah makin kurang, keperluan baby pula makin bertambah. waktu tu memang bergantung kepada stok untuk diberi kepada baby. jadi masa dalam pantang ke, atau sudah bekerja ke walau penat, walau mengantuk pun, selagi bayi bersama dengan kita, usahakan untuk direct feed. cuba ya mommies. tak rugi apa pun sebab biasanya tengah menyusu tu confirmlah mommies dan baby pun sama2 terlelap. eh tiba2 rest lagi. hihihi

tips kumpul stok ebm

cuma dalam seminggu dua sebelum kembali bekerja, mommies bolehlah nak guna stok ebm untuk ajar baby menyusu botol.untuk biasakan rasa puting botol susu supaya mudah suami/pengasuh/penjaga/nurseri beri susu kepada baby. saya mulakan dengan beri 1 -2 oz sehari kepada iasyah tihani. mula2 ditolak2 je dengan lidah. tapi kenalah pujuk2 dan sabar. biasanya baby ni tak kan mahu menyusu daripada botol kalau mak sendiri yang beri atau dia nampak mak dia dekat2 situ. pada fikiran mereka, kenapa kena minum daripada botol susu kalau mama ada dekat sini. tak pasal2 stress baby kita. hahaha. jadi kalau nak ajar baby minum melalui botol susu pastikan mommies minta bantuan pihak ketiga. baby ni biasanya dengan orang lain behave je.  bijak bijak..

============================================================

haa.. senang je kan? biasanya mula2 memang terasa susah tapi lama2 rasa seronok pula. lagi2 kalau dapat sokongan suami dan keluarga. kalau ada teman mengepam di pejabat lagi lah best. dapat bertukar2 cerita dan pengalaman. jadi tidaklah mudah nak rasa down atau patah semangat. apa2 pun, kenalah amalkan dan konsisten. good luck mommies!

Advertisements

4 thoughts on “6 tips kumpul stok ebm semasa berpantang

  1. Kalau lepas pam, tetibe baby bangun nk minum, die nangis sbb susu lambat… cmn ye?
    Pastu kalau baby nk didodoi dan tido nk kene pegang, cmn sy nk pam dan kumpul stok? 😦

    Like

    1. Salam puan,mengikut pengalaman saya, apabila anak terjaga mahu menyusu selepas saya selesai mengepam saya akan beri direct feeding terus. Susu yang telah dipam tadi saya simpan. Jangan risau anak menangis tentang susu tak cukup atau lambat sebab biasanya mula2 mmg otak n badan kita pun masih belum dapat baca ‘rentak’ selera dan keperluan anak. Teruskan ya. Insha allah lama2 nanti akan ada keserasian antara badan puan menghasilkan susu dan anak; mengikut konsep supply dan demand. Saya doakan puan berjaya meneruskan penyusuan kepada anak. Boleh hubungi saya untuk perkongsian dan tips 😊

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s