lifestyle · passion · shaklee

akibat terjebak dengan shaklee

dah lama saya nak luahkan pasal ni. selesai uruskan anak2 saya kuatkan azam untuk menulis juga entry ni. tak nak tunggu2 lagi. biar semua orang tahu apa yangΒ  saya tanggung akibat terjebak dengan shaklee. nak kata menyesal? benda dah jadi, saya join shaklee pun dengan kerelaan sendiri. nak tak nak telan aje. berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri, tak syak lagi inilah kesan2 yang saya alami akibat terjebak dengan shaklee.

 

  • semakin stress

 

gathering kirana di dataran kemerdekaan shah alam

huh! ni yang paling ketara! stress sangat sejak2 makan shaklee saya susah nak dapat mc. mula2 dulu lepas konsisten makan supplement shaklee, saya demam teruk jugak. tekak sentiasa berkahak. lamalah juga. masa tu memang dah mula rasa bengang dah. kata supplement shaklee ni bagus, nak bagi sihat. tup2 katanya healing crisis. saya ikutkan jga sebab nak prove them wrong. suruh minum air banyak2 pun saya layan juga. amazingly, lepas tu kesihatan saya makin bertambah baik. jarang sangat nak demam. sesekali tu adalah. jadi payah sangat nak dapat mc. kadang2 tu nak lah juga mintak mc sebab nak lepak kat rumah kan. paling epic masa mengandungkan aisyah tihani. sehari pun saya tak dapat mc! cergas dan bertenaga. buat muka kesian mintak mc lepas check up tak pernah dapat sebab hb ok, tekanan darah (bp) pun cantik je. jealous betul dengan mommies yang lain lembik melepek di rumah lepas check up. argghh!

  • hilang teman

 

makan2 eid supermom 2014

ho ni pun kisah sedih. sejak mula berkongsi tentang shaklee dengan ramai orang, saya perasan saya mula hilang teman2. yang dulu rajin bertegur sapa sekarang dah diam seribu bahasa. agaknya takut saya paksa beli atau ajak join shaklee. memang rasa lonely. kalau mesej tu tak balas galak sangat macam dulu. kalau tengok komen di facebook tu pendek2 je. kalau borak2 in person pun cakap tu nak menyengat je. sedih woo.

tapi Allah kan maha adil, saya hilang teman tapi dapat sahabat sejati. yang setia menyokong dari dulu dan tak kurang juga yang saya pick up sepanjang jalan. sahabat ni tak perlu banyak pun, cukup seorang dua tapi setia ada untuk tegur salah silap, untuk saling ingat mengingati, untuk sama2 jadi lebih baik. cuma yang saya perasan bukan seorang dua sahabat yang saya dapat, tapi lebih daripada itu. ukhuwah makin rapat, terasa macam ahli keluarga sendiri pula.

  • hilang ketenangan

 

pic coaching pm cery

haaa ni sangat betul. dari dulu saya memang bercita2 untuk hidup serba sederhana dan tenang. tapi lepas kena inject virus shaklee, saya dah tak tenang! penangan hasutan emak nenek moyang (read:uplines) shaklee buat hati ni rasa tak tenteram je memikirkan yang selama ni saya terbuai2 dalam zon selesa (comfort zone). tak tenang bila fikir punyalah banyak masa dan ringgit yang terbuang dengan aktiviti yang melekakan. tak tenang nak tidur malam apabila kenangkan orang lain bangun qiam tahajud mengaji bagai. tak tenang nak berehat sebab tahu ada yang berzikir setiap saat. macam mana nak tenang kalau saya rasa tertinggal dengan orang lain yang mencari dunia, mengejar akhirat?

  • jadi kurang sabar

 

kelas supermom fighters

ni lagi satu. akibat terjebak dengan shaklee, saya perasan saya jadi kurang sabar. kurang sabar untuk sampaikan ilmu kepada anak cucu shaklee. kalau boleh saya nak kongsikan apa yang saya tahu kepada yang mahu. hilang sabar saya untuk duduk diam2 je, kalau boleh hari2 nak consult customer, pergi pos barang dan cod supplement sana sini. tak sabar saya nak kongsikan berita gembira testimoni customer kepada semua. rasa seronok dan puas hati sangat sebab dapat membantu insan2 di luar sana perbaiki tahap kesihatan dan menambah pendapatan. saya juga jadi kurang sabar dengan ilmu yang sedikit, hari2 saya cuba banyakkan pembacaan tentang kesihatan, kewangan, pengurusan dan motivasi.

  • kurang rasa malu

 

riang ria supermom

shaklee punya pasal, saya jadi muka tak malu! saya dapati saya jadi lebih positif dan ceria. saya tak malu nak kongsi kebaikan yang saya alami sendiri sejak makan shaklee. tak malu nak ajak orang join saya sama2 jana income sampingan. tak malu nak tuntut ilmu dengan sidelines dan uplines yang best sangat. kalau dulu saya ni ada rasa fear of rejection. sikit2 sentap. sensitif tak menentu; sebab tu tak berani nak berniaga. sejak kurang rasa malu ni, rejection tu tak rasa apa pun. hati jadi lebih kental. saya dah tak malu2 nak tumpahkan air mata bila memohon kepada Dia kerana kebergantungan saya sepenuhnya dengan Dia.

nc shaklee 2014 kirana

ohh paling penting saya juga jadi tak malu kendong anak masa naik pentas ambil award. sebab? hello.. kalau bukan untuk kesihatan anak2 dan keluarga saya tak join pun shaklee ni. hihihi

.

.

.

pheww! lega dapat luahkan apa yang saya rasa selama ni. kalau anda semua tak alami nasib macam saya, tak payah join shaklee ye. kalau degil juga, saya tak boleh nak cakap apa. akibatnnya kena tanggung sendiri; jangan cakap saya tak beri amaran. berani buat berani tanggung ok!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s