health · lifestyle · motherhood · omegaguard · ostematrix · shaklee · vitalea

pengalaman bersalin di hospital putrajaya (fpp): part 2

ha okay. sambung cerita. maaflah ye, lambat pula. bajet ramai tertunggu2 part 2

ahad, 6 april 2014

0400  pagi saya terjaga, mm apalagi kalau bukan ke tandas. memang sejak memasuki trimester ketiga, saya kerap buang air kecil malam2. kata nurse di kk, itu perkara biasa. bertahan ajelah. sekali saya perasan yang saya dah turun tanda…

yes! syukur sangat, walaupun saya tahu tanda darah ni berkemungkinan lambat lagi saya nak bersalin (mungkin hari ini atau lagi 2-3 hari), but at least tidaklah saya perlu masuk wad dulu serah diri untuk di induce bila ke hospital nanti.

keluar dari tandas, saya tenang2 kan hati, check apa yang patut, siapkan beg barang nak ke hospital (ibu dan baby) depan pintu dan kejut encik suami. saya beritahu yang saya dah turun tanda, dan nak pergi hospital lepas subuh. sempat jugak saya google2 untuk confirmkan yang inilah yang saya tertunggu2 selama ni.

0500 bila tengok yang mak shaklee saya, mami hadha tengah online saya minta tips dan doakan semuanya ok. tips apa? macam2 lah. mami saya ni memang banyak pengalaman. lainkali saya kongsikan ye.

sementara menunggu waktu subuh, saya mandi air panas agak lama. memang melegakan mild contraction yang saya alami. oh lupa nak cerita, sejak contraction semalam tu, saya cuma sakit sikit2 je. sakit contraction saya jadi agak kerap dan konsisten selepas keluar tanda. terkesan secara psikologi kot. hehehe.. sakit contraction ni saya rekod timingnya melalui applikasi di iphone, nampaknya contraction saya alami selang 5 minit, dan setiap contraction lebih kurang 50 saat -1 minit. cuma mungkin rezeki saya, rasa contraction gitu2 je. lepas puas mandi, saya minum pula raspberry leaf tea suam dan layan duduk2 atas gym ball. sangat membantu.

0615 solat subuh, saya berdoa agar dipermudahkan kelahiran kali ini. encik suami call ibu saya untuk hantar adam dzikri tapi tidak berangkat. barangkali mak belum balik daripada solat subuh di masjid. last resort, call adik saya, angah. dia tinggal selang 2 lorong je dari rumah saya; untuk tengokkan adam dzikri. angah ok je. adam dzikri? lagi lah suka. memang setiap jumaat adam dzikri akan bermalam di rumah mak ngahnya. seronoknya pergi rumah mak ngah macam dapat pergi Disneyland. ahaks!

sebelum keluar rumah, saya makan beberapa biji buah kurma, minum air milo ditambah dengan 2 sudu esp. kemudian telan vitalea (multivitamin), saya juga ikut tips sarah seth untuk ambil omegaguard (minyak ikan) dan ostematrix (kalsium) sebagai persediaan untuk tenaga dan mengelakkan kejang semasa di labour room.

0700 selepas encik suami hantar adam dzikri ke rumah angah, kami berdua pun shoot ke hospital putrajaya. smooth journey sebab pagi2 lagi kan. sebelum tu saya pastikan semua dokumen yang perlu ada bersama saya. paling penting kad pengenalan dan  buku pink rekod kehamilan.

0735 tiba di hospital, kami terus ke dewan bersalin. saya ke kaunter dan beritahu saya dah turun tanda. nurse minta buku pink dan immediately nurse ambil perhatian yang saya ambil pakej fpp under dr hamidah dan inform doktor yang bertugas. saya kemudian disuruh masuk untuk ke bilik saringan; supaya dapat diperiksa. oh time ni encik suami tinggal di luar. menunggu di tempat duduk. daddies yang lain pun ada menunggu. sekiranya belum tiba waktu bersalin, bolehlah pulang ke rumah atau masuk wad, mana2 yang dicadangkan oleh doktor. sekiranya sudah tiba waktu bersalin, nurse akan panggil daddies untuk temankan isteri masing2 sepanjang fasa kelahiran aktif di dewan bersalin (labour room).

0745 dah masuk ke bilik saringan saya diberi kain untuk tukar bagi tujuan pemeriksaan, lepas tu ada nurse yang datang untuk periksa tekanan darah dan timbang berat badan. sempat jeling tengok berat saya. yelah, nak tahu berat terakhir sebelum bersalin kan. senang nak bandingkan nanti. boleh la buat testimony before and after. chewaaah!

lepas periksa tu saya disuruh baring. nurse pun datang periksa perut sambil tengok rekod kehamilan saya dalam buku pink. kemudian nurse pun letak segala bagai strap ctg di perut. err, ctg tu apa?

CTG (cardiotocography) ialah sejenis alat yang dipasang pada perut ibu hamil untuk mengesan kadar degupan jantung bayi dan contraction.

lebih kurang 45 minit juga lah tapi rasa punyalah lama. nasib baik nurse tadi selimutkan kaki jadi tidak lah sejuk sangat. kalau boleh nak minta berselubung. hahaha. sesekali nurse datang jenguk, senyum2 dan tengok bacaan ctg tadi. katanya tunggu sekejap lagi ye puan, bagi reading cantik sikit. saya angguk2 aje. hihi

0830 oleh kerana saya ni fpp patient, jadi agak special sikitlah layanannya. kot. alhamdulillah. datang seorang doktor perempuan berbangsa india untuk periksa bukaan saya (vaginal examination – ve). alangkah bestnya kalau dalam tak rasa sakit ni tiba2 doktor cakap eh dah 6 cm, masuk labour room sekarang! lagi best kalau terus push aje.  hahaha.. angan2 je. doktor ni tak ingat pula saya namanya cakap lembut je. periksa pun lembut je. walaupun ramai yang cakap ve ni sakit, saya cuba positifkan diri. saya lembutkan badan, tarik nafas dan tahan. terus doktor tanya puan rasa sakit tak sekarang? saya jawab tak. lagipun sejak pasang ctg tadi takde pula contraction. doktor tu cakap puan dah ada bukaan 3 cm ke 4cm puan, memang kena tahan dah dan bersedia masuk labour room. wah! rupanya saya sudah masuk ke fasa active labour.

walaupun tak berapa menepati angan2 saya tapi boleh la. heheh. doktor tu pun suruh nurse telefon dr hamidah untuk datang. saya call encik suami untuk beritahu yang encik suami dah boleh ke kaunter hasil untuk bayar deposit rm3000 bagi pesakit fpp; kemudian barulah saya boleh masuk labour room.

0845 dr hamidah pun sampai dan tanya detail kepada doktor tadi apa tanda bersalin saya, jam berapa keluar tanda, bukaan dah berapa cm, contraction macam mana. doktor hamidah pun periksa sekali lagi bukaan dan cakap betul ke puan tak sakit ni, tengok senyum2 je sebab bukaan dah 4-5cm. saya sengih je dan cakap betul doktor. dr hamidah minta kebenaran untuk pecahkan air ketuban, katanya lepas ni insha allah akan rasa sakit dan dalam tengahari insha allah saya bersalin. saya pun ok je. nampak sangat tak sabar2 nak bersalin. saya nampak ada alat panjang digunakan untuk pecahkan air ketuban saya. terasa suam2 air ketuban mengalir. dalam hati rasa lega sikit. sah la nak bersalin ni. doktor hamidah pun beri ubat untuk buang air besar. ubat air ni dimasukkan ke dalam lubang dubur. doktor pesan tunggu sekejap dalam 5 minit. kalau pergi tandas awal sangat nanti xhabis keluar semua. mmm, tak sampai pun 5 minit, berlari saya ke tandas. selesai urusan, lega je rasa. hihihi

0900 saya pun masuk labour room. terus whatsapp cik abang untuk inform dia untuk ambil beg barang2 ibu dan anak. saya saya pun naik atas katil. tengan kena cucuk untuk masuk air. masa cucuk tu sakit la sikit; dah kata pun kena cucuk kan. nurse pasang ctg dan selimutkan saya. saya cuba2 tenangkan fikiran. mulut tak berhenti baca zikir nabi yunus dan dalam hati minta supaya encik suami cepat datang selepas selesai urusan di kaunter hasil. katanya sokongan suami sangat perlu kan..

0945 encik suami sampai. lega rasa hati. saya mengiring sikit sebab rasa tak selesa terlentang. contraction sikit2 je. layankan aje. saya dan encik suami tak banyak bercakap. namun dia pegang tangan dan gosok2 belakang saya. waktu2 begini memang melegakan dan semakin rasa tak sabar mahu melahirkan. terima kasih abang.

1000 nurse datang periksa keadaan saya dan pergi. memandangkan saya tak berapa sakit, dr hamidah cadangkan saya diberi Pitocin, untuk cepatkan rasa sakit. kira ala2 induce la kot. hihihi.. lama kelamaan saya mula rasa sakit. setiap kali sakit tu saya rasa macam nak patahkan penghadang di sisi katil. haha over sangat. tapi memang rasa macam tu. encik suami tenang2 kan saya. sabar je tengok isteri dia ni sikit lagi nak jadi hulk. hehe

1100 nurse datang dan nak offer epidural pada saya, tiba2 saya rasa macam nak buang air besar. terus saya beritahu kepada nuse. nurse check bukaan. rupanya dah 8cm! memang dah tak boleh ambil epidural lagi katanya. nurse minta saya tahan sedikit dan cepat2 nurse panggil doktor.

entah macam mana tiba2 bilik saya penuh dengan nurse yang menyiapkan peralatan untuk menyambut kelahiran. memang saya kagum, sebab pantas betul mereka bekerja. masalahnya dr hamidah takde pula. aduhai.. nurse minta saya tahan rasa nak buang air besar tu. tapi saya pun dah tahap merapu2 dan merayu minta mahu buang air besar. nurse tanya boleh tak doktor pakar lain yang sambut saya selain dr hamidah? tapi doktor lelaki katanya, dr azmi. suami pun angguk setuju. saya pun dah tak boleh nak fikir lagi terus iyekan aje.

dr azmi beri salam dan masuk.terus bersedia untuk sambut kelahiran. suami di sebelah kiri. ada nurse di sebelah kanan dan dekat kaki, yang lain di hujung katil. doktor azmi mintak saya ikut teran bila ada contraction. masa ni memang saya cuma ingat cara yang saya baca dan rasa senang nak buat.

cara meneran:

  • 2 belah tangan pegang tumit kaki
  • angkat sedikit kepala, dagu rapat ke dada
  • tarik nafas lama2 dan dalam2
  • apabila ada contraction, lepaskan nafas sedikit2 secara perlahan2
  • ulang semula apabila ada contraction

ternyata cara ni agak mudah untuk saya ikut. yang pasti saya rasa dapat kawal diri. kali pertama saya teran, dr azmi cakap bagus, pandai teran. katanya kepala bayi dah nampak. waktu ni saya dapat rasa apa yang dikatakan crowning (ring of fire). memang ada rasa sensasi panas pada bukaan. nurse cakap lagi sekali baby dah boleh keluar.

1120 terus meluncur baby keluar dan menangis bila saya rasa contraction kali keda dan teran. haa nyaring gitu. nurse ambil dan tunjukkan kepada saya. dapat anak apa puan? tanya nurse. saya jawab, perempuan. syukur alhamdulillah. lega dah tapi belum selesai lagi.

anak saya dibalut dan terus diberi kepada saya untuk skin-to-skin session. pandai rupanya anak mak menyusu. syukur sangat, memang dah berniat mahu sedaya upaya selama boleh untuk breastfeed sepenuhnya. insha allah diperkenankan. tak lama lepas tu, saya rasa ada urge untuk meneran. tu tandanya uri nak keluar, terus saya beritahu kepada dr azmi. dr azmi suruh saya batuk sedikit dan terus uri keluar. hehe senang je rupanya. bila baby dah nampak tenang, nurse ambil untuk dibersihkan.

baby

1145 puteri saya sudah dibersihkan, dan diletakkan bersama2 dengan saya. encik suami iqamatkan dan beri pada saya. lama juga dalam labour room ni bertiga, sementara menunggu untuk dipindahkan ke wad. maklumlah wad untuk pesakit fpp ni limited. tapi bagus juga, dapatlah bertenang2 bertiga. lega hati saya, syukur semua dah selesai. nurse datang bawa air coklat panas dan hidangan tengahari untuk saya makan. tapi entahlah, tak rasa lapar pula. cuma haus je.saya minum dan rasa2 je makanan tengahari.

1315 nurse masuk dan beritahu bilik dah ada…

 

to be continued di dalam part 3.

 

 

Advertisements

5 thoughts on “pengalaman bersalin di hospital putrajaya (fpp): part 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s