kehamilan/pregnancy · lifestyle · motherhood

pengalaman bersalin di hospital putrajaya (fpp): part 1

apa nak jadi dengan saya ni. after hiatus-long break-hibernasi, baru nak cerita kisah kelahiran anak kedua saya. ok, buat pengetahuan semua (ramai dah tahu pun sebab umur si kecil dah 3 bulan lebih dah), saya telah selamat melahirkan anak kedua saya, seorang PUTERI; pada ahad pagi 6 April 2014 di hospital putrajaya.

hospital-putrajaya

syukur dipermudahkan urusan walaupun saya overdue sebenarnya! jom cerita ceriti sikit. sikit punya malas nak tulis tapi ada hati nak buat kronologi..hihihi


ahad, 30 mac 2014

edd saya. masih bertahan tanpa rasa apa2. perut mengeras seperti biasa. bukan braxton hicks pun rasanya. panik2 sendiri. padahal bukan saya tak tahu, berdasarkan pembacaan tiada masalah pun kalau baby overdue ni, selagi tidak tertelan najisnya sendiri atau komplikasi lain. saja nak keep myself occupied, saya pm kawan yang lebih berpengalaman. sarah seth, kawan sejak tadika. terus dia datang hantar gym ball dan sekotak raspberry leaf tea. sebagai natural inducer dan untuk relief sakit contraction. masalahnya sakit contraction pun saya tak kenal. or more to dah lupa. puas jugak blogwalking sana sini. cuma boleh bayangkan aje.

raspberry leaf tea n gym ball

isnin, 31 mac 2014

masih bekerja seperti biasa. disebabkan check up sebelum2 ni di kk menunjukkan saya mempunyai kencing kotor, jadi setiap pagi kena datang untuk check tekanan darah (bp) dan urin. so far ok. life pun ok, kerja pun tak stress. kerja bukan kerja berat2 pun, sekadar taip2 dan update apa yang perlu. masa ni saya bukan di tower pun, tapi dipinjamkan ke arcc subang sehingga bersalin. lebih dekat dengan rumah, katanya. orang kesian kot dengan mak yong drive jauh2 dari shah alam ke klia. padahal mak yong nya mahu keep herself active and busy. dalam hati berangan lah, kot2 tiba2 sampai masa nak bersalin dari tempat kerja. harapan saja.

selasa, 1 april 2014

last check up selepas edd, dr hamidah tergelak jumpa saya. katanya jangan risau, sebab tiada masalah apa2 cuma baby belum bersedia nak keluar. dr hamidah galakkan kerap bersama dengan suami dan beri saya tarikh untuk di-induce pada isnin, 7 april 2014. nampaknya ahad malam tu saya dah kena serah diri ke hospital lah.  jadi saya pun cuba2 lah bertenang. baby menendang seperti biasa.

rabu, 2 april 2014

mak yong kalut ni, terlebih masa agaknya. mula google cara nak cepatkan bersalin. macam tak cukuplah minum raspberry leaf tea tu, mencangkung sambil cabut rumput, cuci lantai tandas. sementara tu saya banyakkan membaca tips. bukan sekadar tips jelah, saya baca juga pengalaman dan testimoni. rasa meyakinkan. tulis juga dalam magic book; mahu kelahiran normal, tanpa epidural dan tanpa episiotomi.

khamis, 3 april 2014

nurse2 di kk dah mula gelak2 tengok muka saya setia datang setiap pagi. saya pun redha je lah. petang lepas lunch saya berehat aje kat rumah, sambil2 pujuk baby dalam perut agar keluar cepat; only when dia dah ready. haa paham tak macam mana tu? maksudnya, kalau ready keluarlah cepat.kalau tak ready, takpe, mak tunggu nak. 🙂

jumaat, 4 april 2014

nurse di kk pun dah ucap good luck. yang di tempat kerja pun dah cakap mereka tahu minggu depan saya dah tak datang dah. hihi. perasaan bercampur2. kalau boleh saya tak mahu di-induce. saya mungkin dah dimomokkan dengan kisah2 induce yang tidak berjaya maka kelahiran harus melalui pembedahan. malam, adik saya ajak buat barbeku di rumah mak untuk sambut hari jadi mak, 5 april. dalam hati, syok juga kalau birthday baby sama dengan neneknya. tapi tak dapat pula akak join makan besar. hahaha

sabtu, 5 april 2014

bersantai je di rumah dari pagi. dah petang saya ajak encik suami ke pasar segi, subang untuk beli stok barang basah di rumah sewaktu berpantang dan juga bahan2 untuk buat barbeku di rumah mak. sedang sibuk membeli belah, terasa macam sakit sengugut. sakit yang mild kot, tapi agak kena berhenti2 juga bila berjalan. berpeluh juga walaupun hujan. terus call bff dari zaman uni merangkap anak shaklee saya, zaza. nak confirmkan betul ke ni rasa contraction? katanya betul la tu. haaaa…sudah.

lepas maghrib, pergi rumah mak dan makan2. pulun segala ayam udang kentang kot2 esok lusa bersalin lama pulak nak pantang kan. sempat cakap dekat mak yang pagi2 esok nak pergi booking bilik kat hospital putrajaya. malam baru admit untuk induce hari isnin. mak iyekan jelah, maksudnya faham la kena babysit adam dzikri. elok pulak perut ni takde rasa apa2. ish..main2 betul la. saspen je dah petang tadi.

bila balik rumah, saya nekad nak makan juga nenas. dok google katanya nenas ni natural inducer.

nenas

hamek ko sebiji makan macam tu aje. nenas pun saiz sedang2, rasa manis elok je.cicah kicap letak gula dan cili padi. terbaik. nasib baik tak cirit birit. hahaha

ahad, 6 april 2014

jam 4 pagi saya terjaga, mm apalagi kalau bukan ke tandas. memang sejak memasuki trimester ketiga, saya kerap buang air kecil malam2. kata nurse, itu perkara biasa. bertahan ajelah. sekali saya perasan yang saya dah turun tanda…

to be continued di dalam part 2.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s