cinch tea · esp · health · lifestyle · meal shakes · performance drink · shaklee

Cara Minum Set Mighty Triple Gems SHAKLEE

Paling laris dalam bulan puasa ni, tentulah 3 suppplement ni; Mealshakes, ESP dan Performance Drink. Jadi pilihan ramai sebab ringkas, mengenyangkan dan sudan tentu membekalkan tenaga untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ni.

Mighty Triple Gem

Cara paling mudah dan malas untuk bancuh set ni dengan mencampurkan 1 sudu Mealshakes, 1 sudu ESP dan 1 sudu Performance Drink dengan air (bukan air panas) dan minum. Tu paling simple. Cuma bukan semua orang suka minum benda yang sama setiap hari. Sesekali mesti nak ada kelainan kan?

Jom tengok cara saya menikmati khasiat mighty triple gems sewaktu berbuka puasa.

MILKY MIGHTY GEMS

Bahan2nya:

  • 1 cawan susu segar

susu segar

 

  • 1 sudu serbuk badam

serbuk badam

 

  • 1 sudu ESP dan 1 sudu Mealshakes

mealshake&ESP

 

  • beberapa biji buah kurma (dibuang biji)

kurma

 

 

Cara2nya:

  • Rendamkan buah kurma dalam secawan susu segar beberapa jam sebelum berbuka puasa. Masukkan ke dalam bekas yang tertutup (paling mudah shaker) dan kemudian simpan di dalam peti ais. Hasilnya nanti isi kurma akan jadi betul-betul lembut, terlerai dan susu menjadi sedikit manis kerana gula semulajadi daripada buah kurma; tak perlu tambah gula pun.
  • Apabila sudah hampir waktu berbuka, masukkan 1 sudu serbuk badam, 1 sudu Mealshakes dan 1 sudu ESP.
  • Shake kan dan minum selepas azan maghrib ya. hehehe

Memang sedap minum sejuk-sejuk. Kalau terasa agak pekat, boleh tambah sedikit air. Yang bagusnya bila berbuka dengan minuman ni, saya rasa agak kenyang jadi tidaklah makan nasi atau juadah berbuka berlebihan masih larat untuk tunaikan solat maghrib dan tarawikh. Sambil2 jadi milk booster saya kan. hihih

^^boleh jugak kalau nak gantikan buah kurma dengan kismis. nampak macam bubbles je dalam air nanti. best best. 🙂

Okay, setel kisah Mealshakes dan ESP. Bukan orang dewasa je boleh minum, kanak-kanak pun pasti suka. Pendek kata boleh bancuh satu jug untuk seisi keluarga. adam dzikri suka minta air yang saya minum. Katanya ‘air mama’. Hihi

Jadi persoalannya sekarang bila masa saya minum Performance Drink? Haa, saya minum sewaktu bersahur. Macam mana? Paling mudah bancuh je 1-2-3 sudu Performance Drink dengan air sejuk atau panas. Saya pula suka minum Performance Drink dengan Cinch Energy Tea Mix SHAKLEE. Sedap woo!

 

CINCH SOUR TEA

Bahan2nya:

  • 1 sudu Performance Drink

PD

  • 1 sachet Cinch Energy Tea Mix

cinch-energy-tea-mix

 

Cara2nya:

  • Campurkan 1 sudu Performance Drink dengan 1 sachet Cinch Energy Tea Mix SHAKLEE. Boleh je bancuh sejuk atau panas. ala2 teh o limau gitu. 🙂 Tambahlah gula kalau rasa perlu. Saya suka tanpa gula tambahan.
  • Minum terus, lambat kang masuk waktu subuh pula. Hihi

 

Haa senang je kan? Yang pasti rasa pun best, dan berkhasiat.

Mesti dah terasa-rasa nak cuba rasanya kan?

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s