lifestyle · motherhood

checklist barang bayi ke hospital

memandangkan usia kandungan saya dah pun masuk 30 minggu jadi memang dah patut mula buat persiapan untuk menyambut baby. seronok! teruja sangat 🙂

maka secara rutinnya, hari2 saya pun meng-google apa yang nak dibeli. asal free je, memang takde kerja lain. hihihi. padahal boleh je keluar pergi beli sendiri kan. dah kata kerja shift. masa pun banyak. ada yang tanya kenapa tak keluar beli sendiri je? hahaha. mestilah tidak. mesti nak tunggu en azham ada, barulah pergi beli. dasar isteri manja ok! walaupun bila dah sampai kat destinasi, saya shopping sorang, en azham tolong settlekan adam dzikri. kami bukan selalu jumpa sangat, jadi rasa best lah bila sama2 pergi beli barang baby kan. rasa togetherness gitu. hihihi

bila tengok online, banyak sangat pilihan nowadays. boleh rambang mata. too cute! yang saya perasan kalau kita tak betul2 tulis senarai keperluan, confirmlah terbabas2 shopping barang ikut kemahuan. jangan sampai di luar kemampuan sudahlah kan?

secara asas, ada empat senarai yang saya sediakan;

barang bayi ke hospital

barang ibu ke hospital

– barang bayi di rumah

– barang ibu di rumah

paling teruja nak semak senarai barang2 baby yang perlu dibawa ke hospital. selepas banding2 kan senarai yang saya jumpa online dengan senarai yang saya buat semasa nak sambut adam dzikri  pada tahun 2010, jadi dapatlah senarai yang telah dikemaskini.

checklist barang bayi ke hospital:

  • 2 pasang baju bayi (baju+seluar)
  • 2 pasang booties (sarung kaki)
  • 2 pasang mitten (sarung tangan)
  • 1 topi
  • 1 selimut bayi
  • 1 tuala kecil
  • 1 tuala mandi bayi
  • 1 set mandian bayi
  • 2 barut
  • 2 kain bedung/lampin
  • 4 lampin pakai buang
  • 1 botol minyak bayi
  • wet tissue

makanya, setelah saya kenalpasti barang2 adam dzikri yang masih boleh digunakan (recycle je), baru saya membeli belah sikit2;  ini lah hasil tangkapan. taraaaa!!

antara barang keperluan bayi yang dah dibeli cuma belum asingkan ikut kategori
antara barang keperluan bayi yang dah dibeli cuma belum asingkan ikut kategori

sian baby, mama serba detail. jadi memang taklah beli main capai je kan. masa membeli, saya keluarkan checklist, sambil pilih barang, tick satu2. yang bagusnya shopping session jadi tak lama. sebab dah tau apa yang nak dibeli. en azham senyum aje. agaknya dalam hati dia cakap selamat duit aku. hahaha. ampun ya bang. gurau je :p

setakat hari ni, saya siapkan  senarai barang2 yang perlu dibawa ke hospital dulu. barang2 untuk penjagaan bayi dan ibu di rumah insha allah akan menyusul.

Advertisements

2 thoughts on “checklist barang bayi ke hospital

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s