lifestyle · motherhood · shaklee

adam dzikri dah sekolah!

haaa..sementara tengah rajin menulis ni, moh le kita korek2 cerita yang korang dah tertinggal sejak2 saya mula menternak labah2 ni. ada beberapa events penting yang best2 lagi nak dikongsikan. haha bajet ramai la sangat baca blog ni kan. hihihi

dah nak sekolah dah anak bujang i ni
dah nak sekolah dah anak bujang i ni

memandangkan adam dzikri lahir tahun 2010, jadi 2014 ni he’ll turn 4 (FOUR)! Sejak adam dzikri umur 2 tahun saya dah masukkan dia dalam waiting list di bra*n* b*nc*. seksyen 3 shah alam. tunggu punya tunggu, tak kena panggil jugak. mungkin bukan rezeki adam dzikri nak besekolah di situ. jadi atas cadangan mak, saya registerkan lah adam dzikri di tadika tinta emas, seksyen 9 shah alam. sah2 sebab mak dah terpengaruh dengan kawan2 dia yang hantar cucu kat tadika ni.hahaha layan kan aje.yang paling penting, dekat dengan rumah mak dan rumah yang bakal kami duduki tahun 2014 ni nanti (seksyen 9,shah alam). jadi mudah lah abah nak ambil adam dzikri dari tadika pada hari2 saya masuk shift.

since tempat terhad di tadika tinta emas ni, saya daftarkan seawal bulan ogos 2013. booking fee rm200. selesai satu bab. hujung bulan november 2013, saya dapat sms dan phone call daripada pihak tadika untuk selesaikan baki yuran pendaftaran, ambil ukuran dan uniform tadika. tertangguh jugak sebab sejak2 berbadan dua ni memang agak malas nak bergerak sendiri dengan adam dzikri  kalau bukan ke shaklee dan jumpa geng2 supermom. pergi kerja of course la sendiri kan. selebihnya memang keluar dengan mak abah atau en azham hassan.

oh tadika tinta emas ni ada 2 branch. hq nya di shah alam, lagi satu branch di subang jaya. yang di shah alam beralamat di no 19, jalan raja abdullah lima 9/19e, seksyen 9 shah alam. ownernya muslimah dari singapore. english teacher, married to a malaysian guy dan settled down di malaysia. ada 3 anak lelaki yang dah besar2, madam sharifah  ummuhani syed mohamad ni sangat passionate dengan education dan sayangkan kanak2. itu kualiti yang saya cari. walaupun tadika tinta emas ni tak famous, tapi saya yakin saya letakkan adam dzikri di tempat yang baik, insha allah. dapat pulak testimoni daripada kawan2 mak kaum nenek2 moden shah alam, dan 2 kawan sedari sekolah rendah, si kembar zakiah dan faizah samori. masing2 pun hantar anak ke situ. alhamdulillah bagus katanya.

tadika tinta emas ni, terima pelajar daripada umur 4 hingga 6 tahun. kelas 4 tahun dipanggil islamic montessori, kelas 5 tahun dipanggil junior class, dan untuk pelajar 6 tahun dipanggil senior class. sah2 la adam dzikri masuk dalam montessori class. bermula tahun 2014, kelas montessori diadakan di building baru, di seksyen 9 juga. alamatnya; no 35, jalan raja jumaat 9/17, seksyen 9. ehhh.. sebelah lorong je la dengan rumah yang kami akan duduki nanti. alhamdulillah, dah mudah, dipermudahkan lagi.

saya dan en azham datang ke hq tadika tinta emas pada 28 disember 2013 untuk dengar taklimat tentang kemasukan pelajar baru. while parents semua dengar briefing, anak2 bermain di atas. being adam dzikri, memang kegemaran dia la tu. senyap je main kat atas. bak kata en azham hassan, good indication yang adam dzikri bakal serasi. tapi tengok la nanti masa 1st day sekolah, 2nd january 2014 nanti. hehehe

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s